Monday 20 January 2014

Mula berniaga?

1.  Dalam blog ini saya selalu memakai topi pihak pembiaya. Banyak cerita yang saya kongsikan adalah berdasarkan pengalaman kerja saya yang lepas. Minta maaf jika ada yang merasakan tips-tips dan panduan yang saya berikan seakan terlalu theoretical. Tapi sebenarnya ia bukanlah sekadar teori. Apa sahaja yang telah dikongsikan adalah sesuatu yang praktikal. Sesuatu yang memang telah dipraktikkan, bukan sekadar di buku atau di pekeliling.

2.  Teringin juga saya nak memakai topi peniaga/usahawan. Tapi apakan daya belum ada keberanian. Minat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan memang ada. Tapi bakat dan kesungguhan belum ada kerana saya bukanlah seorang risk taker.  :-)



3.  Walaupun saya bukanlah seorang usahawan, namun suka juga saya nak menyibuk memberikan pandangan. Ilmu perniagaan, keusahawanan, pemasaran, perakaunan, perundangan dan malah perniagaan antarabangsa pun saya telah pelajari sebelum ini. Nak kata bagus sangat tu tidaklah. Tapi InsyaAllah masih lagi boleh ingat dan praktikkan serba sedikit.

4.  Ramai jutawan, ahli perniagaan dan usahawan berjaya di luar sana yang lebih layak memberi nasihat dalam bidang ini dan sudah tentunya jauh panggang dari api jika nak dibandingkan dengan saya.  Tulisan saya kali ini cumalah sekadar peringatan untuk diri saya sendiri (jika menceburkan diri dalam perniagaan kelak) dan kepada mereka yang rasa ianya relevan. Bagi yang rasa artikel saya ini hanya akan mematahkan semangat, harap maafkan saya dan berhentilah membaca setakat ini sahaja.