Friday 1 November 2019

Buku Skrap Sejarah Tahun 6 (2019)

Baru-baru ini, setelah selesai menjalani peperiksaan UPSR, murid-murid tahun 6 telah diberi tugasan untuk membuat buku skrap oleh Guru Sejarah. Tajuknya ialah "Pemimpin Negara Yang Kusanjungi".

Di sini saya kongsikan hasil kerja anak saya... 


 

  

  

  

  

  

  

  

  

 







Thursday 24 October 2019

Pendidikan Seni Visual - Teknik renjisan, percikan dan capan

Teknik capan memang sangat popular dalam subjek Pendidikan Seni Visual sejak dari zaman saya bersekolah lagi. Pendek kata, kalau sesiapa yang pernah belajar Pendidikan Seni / Lukisan masa di sekolah mestilah pernah menggunakan pelepah pisang, bendi, kentang, bawang, batang betik, daun, batang sawi, batang saderi dan macam-macam lagi untuk membuat 'cop'.

Bagi saya, bahan yang paling saya suka untuk buat lukisan cop ini ialah pelepah pisang dan bendi kerana ianya mempunyai corak semulajadi yang sangat cantik. Tambahan pula ia mudah didapati dan tidak perlu banyak menggunakan pisau berbanding jika menggunakan kentang untuk mengukir corak.  

Teknik renjisan dan percikan pula biasanya saya gunakan berus gigi - sangat mudah dan cepat.

Berikut ini ialah hasil kerja anak saya semasa Peperiksaan Akhir Tahun yang lalu. Saya cadangkan beliau membuat bentuk burung merak menggunakan pelepah pisang dan cap jari. Hasilnya... hmmm... boleh lah... :)


 





Friday 11 October 2019

Puppet - Year 3



Ini adalah puppet yang dihasilkan untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris Tahun 3 (2019).

 

 





Folio Kajian Tempatan Drj 6 (2014) - Bhg 1

Berikut ialah air tangan anak kembar pertama saya semasa darjah 6 dalam subjek Kajian Tempatan. Tajuk folio ialah Implikasi Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar.