Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Dengan Ijazah dalam bidang Perakaunan dan pengalaman selama 13 tahun dalam sektor kewangan, diharap serba sedikit ilmu yang diperolehi boleh dimanfaatkan kepada yang lain. Di samping itu, akan diselitkan juga pelbagai berita, rencana, resepi dan petua untuk santapan bersama.
Meninggalkan kerjaya menjadi pilihan secara sukarela semata-mata untuk berkhidmat sepenuh masa untuk keluarga terutamanya anak-anak tercinta. Ternyata kehidupan sebagai suri rumah sepenuh masa tidak mudah seperti yang telah dijangka. Namun setelah 3 tahun melupakan dunia pekerjaan, semakin bulat tekad untuk terus berada di rumah sambil menikmati hobi dan keinginan yang sebelum ini tidak kesampaian dilakukan.
Segala yang akan dipaparkan adalah milik peribadi, pendapat sendiri dan tiada kaitan dengan mana2 individu atau organisasi (melainkan jika dinyatakan sebaliknya) serta disajikan secara percuma.
Selamat membaca dan semoga kekal menjadi pengikut setia!
25 September 2012
***********************************************
Some updates............:)
Sudah lebih enam tahun bergelar Home Minister dan nampaknya jawatan itu sangat serasi dan tak mudah dilepaskan. Hajat di hati pada awalnya ingin berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang tak seberapa semasa alam kerjaya terdahulu, nampaknya makin meleset. Memori makin luntur dan rasanya banyak yang sudah tidak relevan dengan arus perkembangan yang amat hebat. Maka, rasanya hala tuju blog ini pun perlu diatur semula.
Heh...hehh... faham ke? Kalau tak faham pun tak mengapa lah...
Okay... kesimpulannya, saya cuma nak khabarkan di sini bahawa saya mungkin tidak lagi menulis berkenaan hal-hal kewangan dan seangkatan dengannya. Mungkin saya akan lebih banyak berkongsi resepi dan hal-hal berkaitan kehidupan seharian dan mungkin apa sahaja yang saya suka. Jadi, selamat membaca!
24 Februari 2016
************************************************
Another updates......
Cuma nak bagitahu..... INI BUKAN BLOG POLITIK!
Saya tidak dibayar untuk menulis dan saya memang tidak sukakan politik!
Sebenarnya memang malas nak bersuara berkenaan perkara ini, tetapi bila masuk rumah orang, tolonglah bersopan sedikit. Minta maaf banyak-banyak, komen-komen yang berbaur politik dan menggunakan kata-kata kesat, saya terpaksa padam. Blog ini tidak perlu dicemarkan dengan aura yang negatif!
Saya tiada masalah kalau anda berbeza pendapat dan pandangan daripada saya dan hendak berkongsikan pendapat anda...... saya sangat alu-alukan. Tetapi, sebarang komen berbaur politik, menggunakan kata-kata kesat, mencarut dan lucah, saya akan padam!
Oklah... itu sahaja nak bagitau... Bye!
14 Disember 2020
No comments:
Post a Comment