Sunday 31 March 2013

Simpankira Perniagaan Kecil

Dalam sesebuah perniagaan, amat penting menguruskan kewangan dengan betul. Bagaimanakah cara untuk memastikan keluar masuk duit dikawal dengan betul? Jawapannya ialah perlunya ada rekod!

Rekod tidak semestinya sebuah set kira-kira atau sistem perakaunan yang canggih. Bagi perniagaan kecil, memadai jika setiap duit keluar dan masuk dicatatkan di dalam sebuah buku khas yang biasanya dipanggil lejer. Atau, paling kurang pun catat di buku tiga lima. Dengan ini, seseorang peniaga boleh tahu berapa pendapatan dan perbelanjaannya sehari dan berapa keuntungan atau kerugiannnya pada hari itu.



Untuk membuat rekod duit keluar masuk ini sebenarnya tidak memerlukan kepakaran ilmu perakaunan pun. Ikut logik ~ satu bahagian duit masuk, satu bahagian lagi duit keluar. Beza antara keduanya adalah untung atau rugi. Cukup mudah!

Thursday 21 March 2013

Dah hantar borang cukai?

Seperti biasa, setiap tahun, bulan Mac dan April adalah masa yang sibuk bagi pembayar-pembayar cukai. Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi individu hendaklah dihantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada atau sebelum 30 April setiap tahun.

Sama ada anda kena bayar cukai atau tak perlu, BNCP perlu dihantar. Bagi yang bekerja makan gaji tanpa menjalankan sebarang perniagaan, Borang BE lah yang perlu dilengkapkan dan dihantar.

Sebenarnya bukan susah nak isi borang BE ini kalau tiap-tiap tahun kita buat. Formatnya sama setiap tahun, jadi kita cuma perlu ubah angka-angkanya sahaja. Bagi yang agak-agak sebaya dengan saya, mungkin template di bawah boleh dijadikan panduan.