Thursday 11 April 2013

Tadika

Sebelum ini saya tak pernah hantar anak-anak ke tadika Kemas. Mungkin sebab masa tu di kawasan rumah saya ada banyak pilihan tadika swasta. Jadi, tak terfikir pula nak hantar ke tadika Kemas yang terletak agak jauh sedikit dari rumah.

Di tambah pula dengan persepsi akibat dengar cakap-cakap orang tentang tadika Kemas ini. Ramai yang kata tadika Kemas tak bagus sebab asyik makan, minum, nyanyi dan main sahaja. Belajar tak berapa sangat pun...

Bila tiba giliran anak saya yang keempat, saya 'terpaksa' hantarnya ke tadika Kemas. Perkataan 'terpaksa' saya gunakan sebab tiada pilihan lain untuk menghantar anak belajar di tadika. Yang ada semuanya jauh-jauh belaka.

Mulanya memang susah nak menghilangkan persepsi buruk terhadap tadika Kemas ini. Malah saya dan suami kadang-kadang rasa bersalah terhadap anak keempat ini kerana terpaksa menyekolahkannya di tadika Kemas. Sampai begitu teruk sekali tanggapan kami.

Wednesday 3 April 2013

Tips masak 5 lauk dalam masa sejam

Gambar hiasan je...heh..heh...

Saya ni tak lah pandai sangat masak. Setakat masak untuk makan sekeluarga jadilah... Bila dah memilih kerjaya surirumah sepenuh masa, maka tugas memasak jatuh nombor 1.

Saya suka beli barang dapur termasuk barang2 basah seperti ikan, ayam, daging dan sebagainya banyak2. Jadi tak payah nak pergi ke pasar selalu. Ada orang tak suka cara ni sebab katanya tak fresh....tapi bagi saya, barang2 kat pasar/kedai tu pun belum tentu fresh - mahu juga dah berminggu. Jadi, soal fresh ke tak tu, tak boleh digunapakai melainkan kalau kita duduk tepi laut, tiap2 hari boleh tunggu nelayan bawa balik ikan. Tu baru betul fresh!

Setiap kali lepas balik pasar, saya mesti bersihkan semua 'barang2 basah' tu. Ikan, ayam, daging, sotong, udang dan sebagainya mesti saya siap siang, basuh dan bahagi2kan sebelum disimpan dalam freezer. Jadi bila nak masak, tak payah susah2 lagi. (Seperkara lagi, cara ini juga dapat memastikan freezer kita bersih dan teratur. Tak ada lah air2 hitam meleleh2 dalam tu...)

Oklah, dipendekkan cerita, sebenarnya kalau nak masak empat lima lauk dalam masa 1 jam sahaja pun boleh. Tak mustahil langsung. Di bawah ni saya sharekan tips2nya:-