Wednesday, 3 April 2013

Tips masak 5 lauk dalam masa sejam

Gambar hiasan je...heh..heh...

Saya ni tak lah pandai sangat masak. Setakat masak untuk makan sekeluarga jadilah... Bila dah memilih kerjaya surirumah sepenuh masa, maka tugas memasak jatuh nombor 1.

Saya suka beli barang dapur termasuk barang2 basah seperti ikan, ayam, daging dan sebagainya banyak2. Jadi tak payah nak pergi ke pasar selalu. Ada orang tak suka cara ni sebab katanya tak fresh....tapi bagi saya, barang2 kat pasar/kedai tu pun belum tentu fresh - mahu juga dah berminggu. Jadi, soal fresh ke tak tu, tak boleh digunapakai melainkan kalau kita duduk tepi laut, tiap2 hari boleh tunggu nelayan bawa balik ikan. Tu baru betul fresh!

Setiap kali lepas balik pasar, saya mesti bersihkan semua 'barang2 basah' tu. Ikan, ayam, daging, sotong, udang dan sebagainya mesti saya siap siang, basuh dan bahagi2kan sebelum disimpan dalam freezer. Jadi bila nak masak, tak payah susah2 lagi. (Seperkara lagi, cara ini juga dapat memastikan freezer kita bersih dan teratur. Tak ada lah air2 hitam meleleh2 dalam tu...)

Oklah, dipendekkan cerita, sebenarnya kalau nak masak empat lima lauk dalam masa 1 jam sahaja pun boleh. Tak mustahil langsung. Di bawah ni saya sharekan tips2nya:-


1. Ikan, ayam, daging, udang, sotong dan sebagainya (macam yang diceritakan di atas tadi) dah siap siang dan basuh serta diasing2kan untuk anggaran sekali masak. Jadi bila nak masak, hanya keluarkan dari freezer dan biarkan ia lembut sekejap dengan rendam dalam air.

2. Cili kering yang dah siap mesin sentiasa dah standby dalam peti sejuk. Jadi tak payah leceh2 nak rendam, blend lagi... (Saya tak suka guna cili boh kedai atau cili serbuk, jadi kena buat cara ni)

3. Bawang merah, bawang putih, halia, serai dan sebagainya yang berkaitan pun dah siap mesin. Ini adalah untuk bahan menumis. Jadi tak susah nak blend sikit2 atau pun nak tumbuk dengan lesung. 

4. Kalau yang selalu guna ikan bilis sebagai perencah misalnya, ikan bilis tu hendaklah siap2 dibuang kepala dan tahi, simpan dalam peti sejuk. Bila nak masak boleh terus ambil dan basuh je.

Kalau 4 major item di atas dah ada, bila waktu memasak, kita cuma perlu potong2 sayur dan bahan2 rencah lain mana yang berkaitan. Lepas tu...zasssss terus masuk periuk / kuali. Sekejap je dah siap masak!

Tips2 ni saya belajar dari mak saya melalui pemerhatian cara dia bekerja di dapur. Walaupun nak menyiapkan bahan2 tu ambil masa tapi kalau dah biasa amalkan memang senang.

Kesimpulannya, kerja memasak ni tak lah rumit sangat. Macam kita tengok dalam tv tu, semua bahan dah siap atas meja, nampak senang je campak2 dah siap. Kat kedai pun macam tu...jadi kenapa kita tak boleh praktikkan di rumah kan? 

Jadi, rajin2lah jenguk dapur tu...hi..hi...





3 comments:

  1. sedapnya nampak lauk tu.............

    ReplyDelete
  2. Skrg ni dah ada jual cili, bawang, halia, serai dan macam-macam lg yg dah siap blend. Kita cuma perlu simpan dlm freezer utk tahan lama. Katanya tiada bahan pengawet... tp Wallahua'lam. Sy lebih suka jika blend sendiri semua bahan-bahan ni... lebih bersih, selamat dan jimat banyak.........

    ReplyDelete