Wednesday 20 May 2020

Nostalgia Hari Raya

Assalamualaikum...

Hari ini hari ke 27 berpuasa. Maknanya lagi 3 hari umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tahun ini pastinya sambutan Hari Raya amat berbeza. Semuanya gara-gara wabak Covid-19 yang menyerang umat manusia. Rakyat Malaysia khasnya, tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri. Melainkan mereka yang tinggal berhampiran dengan ibu bapa di dalam negeri yang sama, mereka yang kampung halamannya jauh pasti akan terasa kesedihan kerana tidak dapat menyambut Hari Raya bersama sanak saudara terutamanya ibu bapa.

Menyebut tentang Hari Raya ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya menyambut Hari Raya sejak lebih empat dekad yang lalu...  pengalaman ini memang sangat berbeza dan pastinya akan menjadi kenangan selamanya.

Pendidikan Seni Visual : Teknik Capan & Tiupan

Sebelum ini saya pernah tunjukkan hasil kerja anak saya bagi teknik capan dan renjisan. Boleh rujuk di sini.

Kali ini adalah hasil campuran teknik capan dan tiupan. Teknik capan menggunakan pelepah betik manakala tiupan menggunakan straw minuman.

Ringkas dan mudah.


Pada pandangan anda, apakah objek yang ingin digambarkan di situ? Adakah nenas atau ketupat atau apa? Cuba teka.... :)



Friday 1 May 2020

Penghargaan untuk Barisan Hadapan - melawan COVID 19


Assalamualaikum,

2020 bakal menjadi tahun yang sangat diingati dalam sejarah terutamanya bagi kita yang hidup dalam situasi ini. Pandemik Covid 19 sudah menjadi satu perkataan yang tidak perlu di perkenalkan lagi malah digeruni oleh setiap lapisan masyarakat tidak kira bangsa, kaum, agama, pangkat, taraf hidup, tua, muda, kaya dan miskin. Dek kerana pandemik ini, generasi yang majoritinya hidup selepas merdeka dan tidak pernah merasa kehidupan semasa perang, darurat mahupun bencana besar, kini ditampar hebat. Serata dunia menyaksikan kematian yang tidak terperi saban hari dan wabak ini mengganas dengan amat pantas. Sehingga saat saya menulis ini, kita semua khasnya di Malaysia masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak lebih sebulan yang lalu.


Saya tidak berupaya untuk menulis mengenai kisah sedih yang merundung seluruh dunia ini dan hanya berdoa semoga wabak ini berlalu pergi dan kita semua sentiasa dalam lindungan yang Maha Kuasa.

Sekadar untuk merakamkan sedikit penghargaan ke atas Barisan Hadapan yang telah bertungkus lumus menangani wabak ini, di sini saya kongsikan kad ucapan terima kasih hasil kerja anak bongsu saya yang berumur 10 tahun. Ini juga adalah atas hasil inisiatif guru kelas beliau yang juga guru subjek Bahasa Inggeris.