Pernah nampak tak gambar di atas?
Ia adalah sebuku sabun ~ bernama Taharah. Taharah ialah dalam Bahasa Arab yang bermaksud satu bab dalam bidang Fekah yang membincangkan tentang kebersihan dan bersuci (rujuk : Wikipedia)
Saya tak tahu Bahasa Arab, tapi saya rasa lebih kurang itu lah maknanya. Tapi itu tak begitu penting, ianya sekadar nama sabun itu. Yang pastinya saya pun baru "berkenalan" dengan sabun Taharah ini. Dan saya rasa ramai lagi di luar sana, mahu pun kaum keluarga, saudara-mara dan sahabat handai saya yang masih belum mengenali sabun ini.
Apa yang menariknya tentang sabun ini? Kenapa saya sibuk nak memperkenalkan Taharah ini kepada pembaca???
Mengikut info produk ini, ianya mengandungi 90% tanah liat dan salah satu kegunaan sabun ini ialah ia boleh digunakan untuk menyertu. Kaedah sertu adalah seperti biasa iaitu satu kali air sabun Taharah, 6 kali air biasa. (Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu anjing dan babi)
Cara-cara untuk menyertu adalah seperti berikut:-
- Masukkan sabun ke dalam sebaldi air dan kocak hingga air bertukar menjadi betul-betul keruh atau sabun larut.
- Siram di tempat yang hendak disertu berserta niat.
- Bilas dengan 6 kali air bersih/mutlak.
Adakah mencukupi menyertu dengan hanya menggunakan sabun sahaja?
Ya...memang saya pun mempunyai persoalan yang sama. Saya pun google-google dan berikut ialah jawapan yang saya jumpa:-
"Adalah tidak mencukupi menyertu dengan hanya menggunakan sabun sahaja. Ia perlu dilakukan dengan menggunakan campuran air tanah. Kita tidak berhak untuk menukar cara penyucian najis mughallazah yang telah ditentukan oleh Allah dengan menggunakan cara penyucian yang lain. Walau bagaimanapun, jika sabun taharah tersebut diyakini mempunyai unsur-unsur tanah melebihi 50 peratus, maka ianya telah memadai dan tiada bacaan atau ayat khusus ketika proses sertu dilakukan."
Dan berikut pula saya petik dari Portal Rasmi Fatwa Malaysia (e-fatwa):-
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-76 yang bersidang pada 21 - 23 November 2006 telah membincangkan Hukum Melakukan Samak Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat. Muzakarah telah memutuskan bahawa sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak.
Keterangan/Hujah:
i. Masyarakat Islam di Malaysia mengamalkan mazhab Syafi’i dalam kebanyakan urusan peribadatannya. Oleh itu amalan samak sebanyak tujuh kali yang salah satu daripadanya menggunakan tanah telah diterimapakai secara umum oleh masyarakat, sama ada untuk menyucikan najis mughallazah yang terkena pada badan, pakaian, rumah dan sebagainya.
Hadis Nabi S.A.W. :
طهوراناء أحدكم اذا ولغ فيه الكلب أن يغسله سبع مرات أولاهن بالتراب ( رواه مسلم )
“Bersihkanlah bekas makanan kamu yang dijilat anjing dengan tujuh kali basuhan dan yang pertama daripadanya dengan tanah ”
ii. Berdasarkan zahir hadis hukum menyamak dengan tanah pada tempat yang terkena najis mughallazah, Nabi Muhammad S.A.W. tidak memperincikan bentuk dan keadaan tanah yang boleh digunakan untuk menyucikan najis mughallazah. Ini seolah-olah menunjukkan semua jenis tanah yang ada di atas muka bumi ini boleh digunakan untuk menyamak. Imam Al-Sharbini menyebutkan semua jenis tanah sekalipun debu pasir (Mughni al-Muhtaj, Juzu’ 1, Hlm 137). Tanah yang dicampur dengan benda asing tidaklah menjadi halangan asalkan ia tidak mengubah keaslian tanah dan suci.
iii. Dalam kehidupan yang moden pada hari ini, penemuan-penemuan baru yang masih berteraskan prinsip Islam seperti penciptaan sabun samak wajar dihargai kerana tujuannya untuk memberi kemudahan kepada umat Islam di mana saja berada.
iv. Dari aspek tanah yang digunakan, Rasulullah S.A.W. tidak pernah menyatakan lapisan tanah yang ke berapa perlu digunakan kerana pada asasnya tanah atau pasir adalah suci.
v. Bagi umat Islam yang tinggal di luar Negara dan mudah terdedah dengan najis-najis mughallazah, penggunaan sabun ini adalah satu alternatif kepada penggunaan tanah yang kadang-kadang sukar diperolehi.
vi. Walaupun sabun ini dibenarkan untuk tujuan samak bagi menggantikan tanah, tetapi kaedah pelaksanaan samak tersebut masih terikat dengan hukum syarak.
vii. Penggunaan sabun tersebut dibenarkan dengan syarat pada urufnya kandungan tanah melebihi daripada bahan-bahan yang lain.
Berdasarkan kepada "penemuan" saya itu, maka saya percaya kita wajar manfaatkan sabun Taharah ini. Ye lah...sebelum-sebelum ini kalau kita pergi bercuti walaupun dalam negara sendiri, terutamanya di homestay yang menyediakan keperluan memasak, kita selalu ragu-ragu untuk menggunakan peralatan yang tersedia. Jadi, bagi mengelakkan was-was, apa salahnya kalau kita gunakan sabun ini untuk menyertu semua pinggan mangkuk dan sebagainya sebelum kita gunakan. Betul tak?
Sabun ini boleh dibeli secara online (google lah sendiri siapa pengedarnya) atau pun mudah didapati di kedai-kedai buku agama. (Saya beli di Pustaka Mukmin Jalan Tuanku Abd Rahman berharga RM5.90 seketul).
Cuma minta perhatian ye... saya bukanlah pengedar, stokis atau pembekal sabun Taharah. Saya tiada kena mengena langsung dalam pembuatan, pemasaran, penjualan atau apa-apa pun berkaitan produk ini. Tiada juga bertujuan untuk mempromosikan. Saya hanyalah pembeli dan pengguna biasa. Dan saya hanya sekadar nak berkongsi maklumat ini kepada sesiapa yang berminat dan rasa boleh dimanfaatkan. Jika terdapat sebarang kerosakan, kemudaratan atau kesalahan dari segi undang-undang, syarak dan sebagainya, bukanlah di bawah tanggungjawab saya. Harap maklum.
Nota :
(i) Harga terkini sabun ini yang saya beli pada Februari 2016 ialah RM7.42. Maknanya, dalam tempoh dua tahun harga dah naik lebih 25%!
Nota :
(i) Harga terkini sabun ini yang saya beli pada Februari 2016 ialah RM7.42. Maknanya, dalam tempoh dua tahun harga dah naik lebih 25%!
Terima kasih diatas maklumat ini. Saya memang mencari sabun ini.
ReplyDeleteSabun boleh didapati di http://sabuntaharah.com
DeleteSama2. Semoga bermanfaat.
ReplyDeleteKat mana eah nak cari sabun ni?
ReplyDeleteKalau di KL blh cari kat kedai2 buku di jln tar. Blh juga beli online.... cuba google. Saya pn x pasti.
DeleteTerima kasih atas perkongsian ilmu ini.
ReplyDeleteSama-sama. Semoga bermanfaat.
Deleteklau pergi negara orang, bagaimana cara2 membasuh pinggan menggunakan sabun ni?
ReplyDeleteCara-cara untuk membasuh pinggan dengan menyamak telah saya nyatakan di atas iaitu seperti berikut:-
DeleteMasukkan sabun ke dalam sebaldi air dan kocak hingga air bertukar menjadi betul-betul keruh atau sabun larut.
Siram di tempat yang hendak disamak berserta niat.
Bilas dengan 6 kali air bersih/mutlak.
Wallahua'lam.
Sabun taharah bole beli secara online... sila ke sabuntaharah.com
ReplyDeleteAs salam wbt, sesuai tisak untuk gunakan bersih di kawasan dlm rumah? Bagaimana caranya?
ReplyDeleteWa'alaikumussalam wbt.
DeleteTerus terang, saya tidak arif dalam perkara ini. Sekadar berkongsi sedikit pengetahuan yang ada.
Pada pendapat saya, sabun ini lebih sesuai digunakan semasa kita bermusafir... yakni bila sukar nak dapatkan tanah untuk bersamak. Jika kita hendak samak kawasan rumah (saya andaikan saudara berada di Malaysia), adalah lebih baik jika kita gunakan tanah sebenar.
Wallahua'lam. Maafkan saya jika saya silap.
kalau najis kat badang cara untuk samak mengunekan sabun ni mcn mane ??
ReplyDeletekalau najis kat badang cara untuk samak mengunekan sabun ni mcn mane ??
ReplyDeleteCaranya sama juga. Bersihkan najis itu dahulu. Gunakan sabun taharah dan bilas 6 kali dgn air mutlak. Wallahua'lam.
DeleteAssalam, kami adalah pengedar sah sabun samak sertu berjenama claymiff yang patuh syariah serta mempunyai sijil HALAL Jakim. wassap kami di 0139638015 utk keterangan lanjut atau like FB kami di Green Islamic Cleaning Product - Claymiff.
ReplyDeleteTerima kasih admin!
Terima kasih atas info yg diberi.
Deletesalam. saya ad terdengar ceramah dr rozaimie berkaitan sabun taharah. saya jadi bingung juga .. hrp puan boleh bagi pandangan ttg video ni..
ReplyDeletehttps://youtu.be/SsuwhrSxN_g
W'salam.
DeleteTerima kasih kerana berkongsi video tersebut. Namun begitu saya minta berbanyak maaf kerana tidak dapat memberi pandangan. Berkali-kali telah saya nyatakan bahawa saya bukan orang yang ahli dalam bidang ini dan tidak layak untuk memberi pendapat. Wallahua'lam.
Penjelasan boleh juga didapati dari https://www.youtube.com/watch?v=EsQMySXTheA
ReplyDeletebaru tau pasal kewujudan sabun ni.
ReplyDeleteterima kasih.
Sangat bermanfaat!
Terima kasih.
DeleteNak beli camana ye?
ReplyDeleteSaya tak jual. Boleh baca komen-komen di atas. T.Kasih.
ReplyDelete