Wednesday, 5 February 2014

Blogging

Suatu waktu dulu saya selalu berangan nak buat blog sendiri. Tapi malangnya tak tahu nak mula macam mana. Tanya adik dan suami tapi masing-masing sibuk, tak nak layan. Bila ada kelapangan sedikit, saya pun cuba godeh-godeh dan akhirnya terciptalah juga blog yang tak seberapa ini.

Saya kagum tengok blog kawan-kawan yang canggih-canggih dan comel-comel. Ada juga beberapa blog yang saya tak kenal pemiliknya di alam nyata tapi saya link kan ke blog saya sebab suka dengan penampilan mereka.

Bagi kawan-kawan yang memang saya kenal, diharapkan dengan cara meletakkan link ke blog mereka, saya boleh terus mengikuti perkembangan mereka dan mengekalkan hubungan silaturrahim. Kalau yang berniaga pula, tiada masalah untuk saya tolong promosikan juga di blog ini.


Saya suka tengok blog yang simple, kemas tapi cantik dan menarik. Kebanyakannya menggunakan gambar-gambar yang mereka ambil sendiri dari kamera yang canggih. Teringin juga nak tiru, tapi saya ni kedekut orangnya. Walaupun ada lah juga minat dalam bidang fotografi tapi minat setakat minat sahaja lah. Tak tergamak nak keluarkan duit ribu riban untuk beli segala kelengkapan. Jadi, setakat gambar dari kamera biasa dan dari handphone sahaja lah...



Tujuan utama saya memblogging ialah sekadar untuk berkongsi apa yang saya rasa saya nak kongsi. Entah ada orang baca atau tidak, saya tak kisah. Dalam erti kata lain, syok sendiri pun tak apa....hahh..hah...haaa.. Jika nak disukat, kebolehan atau kemahiran saya dalam memblogging baru di Darjah 1. Masih banyak yang boleh saya belajar cuma masa yang menentukannya.

Memblogging dapat juga hilangkan rasa bosan (ada ke?) dan merehat-rehatkan minda.... saya anggap ini sebagai terapi jiwa... Kalau ada sesiapa yang ada keinginan yang sama (untuk membina blog), saya rasa anda patut cuba. Jika saya yang zero knowledge tentang blog boleh lakukan, anda juga pasti boleh! Jom sama-sama kita explore!

2 comments:

  1. Aku lg suka fb. senang, tak payah nk pening kepala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul...fb lebih mudah. Tp blogging tak memeningkan kepala pun sebenarnya... :)

      Delete