Assalamualaikum....
Salam Ramadhan Al-Mubarak ~ hari yang ke5
Bulan puasa ni, walaupun kita patutnya tak banyak makan, tetapi topik makanan tetap menarik perhatian. Jadi, di sini saya nak kongsi resepi khas untuk penggemar Nasi Arab.
Baru-baru ini saya cuba masak Nasi Arab menggunakan pes yang dibeli dari seorang rakan. Memang superb! Sedap hingga menjilat jari. Cara memasak senang dan ringkas tetapi hasilnya memuaskan hati.
'Pembekal' pes Nasi Arab saya pergi mengerjakan umrah dan masih belum pulang. Tetapi, keluarga dah kepingin sangat nak makan Nasi Arab lagi untuk berbuka puasa. Macam mana ni???
Untuk tidak menghampakan mereka, saya pun googlelah resepi....macam-macam resepi ada dan kebanyakannya nampak remeh dan leceh sebab banyak sangat steps. Apa lagi, saya pun modify lah resepi-resepi tu dan inilah hasilnya.....
Bahan-bahan :
Beras Basmathi Air
Kambing / ayam/ daging
Minyak sapi
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Kulit kayu manis
Bunga lawang }
Bunga cengkih }
Buah pelaga } dibunjutkan
Jintan manis }
Jintan putih }
Serbuk jintan manis
Serbuk jintan putih
Buah tomato } potong dadu
Bawang besar }
Cili merah & hijau
Garam
Cara-caranya:-
- Basuh beras, rendam lebih kurang 30 minit
- Panaskan minyak sapi
- Tumis bawang merah, bawang putih dan halia (yang dihiris / blend ikut suka)
- Masukkan kulit kayu manis dan lain-lain bahan yang dibunjutkan tadi. Kalau tak nak bunjut pun boleh, tabur je semua.
- Dah garing dan naik bau, masukkan air. Sukatan air bergantung kepada sama ada gunakan kambing, ayam atau daging. Kalau kambing dan daging yang perlu diempukkan agak lama, kena lebihkan air. Kalau tak nak campur dengan daging / ayam, sukatan air ikut sama beras ~ macam masak nasi biasa. Bergantung juga kepada jenis beras yang digunakan.
- Masukkan kambing / daging/ ayam.
- Bancuh serbuk jintan manis dan jintan putih dengan air. Masukkan ke dalam air tumisan tadi.
- Biarkan sampai mendidih / daging lembut. Kalau ayam sekejap je.
- Masukkan buah tomato dan bawang yang dipotong dadu.
- Masukkan cili merah dan hijau. Cili ni potong agak-agak 2 inci dan belah dua.
- Masukkan garam secukup rasa.
- Masukkan beras.
- Kalau nak masak dalam automatic rice cooker, curahkan je semua dalam periuk, tekan dan tunggu masak.
- Kalau nak cantik, boleh tambah pewarna bila nasi dah dekat nak kering.
- Kalau suka kismis, badam dan daun sup/ketumbar, boleh tambah juga.
- Bila nasi dah kering, kacau bagi warna tu bergaul.
Nota:
- Bahan-bahan kambing, ayam atau daging lembu tu, kalau nak masak dengan (dalam) nasi tu pun boleh, kalau tak nak pun boleh. Kalau nak masak nasi sahaja, keluarkanlah kambing / ayam / daging tu dan goreng / bakar berasingan.
- Kalau untuk sekeluarga 7 orang, sukatan beras 3 cawan cukup untuk sekali makan. Bahan-bahan rempah ratus tu dalam satu sudu kecil sukatannya.
- Nasi Arab sedap dimakan dengan sos tomato :-
Buah Tomato + Cili padi + Daun ketumbar + Garam => blend
- Satu lagi lauk sampingan ialah salad epal (resepi kawan saya):-
Epal hijau, carrot, bawang besar, cili padi, bunga kantan, daun ketumbar - semua
hiris dan campurkan. Perahkan sedikit lemon dan tambah garam dan gula secukup
rasa.
Sesiapa yang rasa nak makan Nasi Arab tapi tiada pesnya, cubalah buat resepi ni.
Selamat mencuba!
Nampak sedap....
ReplyDeleteTerima kasih. Silalah cuba resepi tu.. :)
ReplyDelete