- Tumiskan bawang merah dan putih yang telah dicincang.
- Kalau nak pedas boleh tumiskan sekali sedikit cili mesin. Kalau tak nak letak pun ok.
- Dah garing, masukkan daging / ayam cincang.
- Masukkan tomato puree dan sos cili. Boleh juga kalau nak guna sos spageti. Kacau sampai menggelegak.
- Akhir sekali masukkan cendawan butang, tomato dan bawang besar holland (kuning) yang dipotong dadu, daun ketumbar yang dihiris halus, serbuk lada hitam, lada sulah, oregano, garam dan gula secukup rasa.
Hahhh! Hasil daripada kajian saya, itulah inti / salah satu bahan yang terdapat dalam makanan Itali / Barat yang sangat popular sekarang ini iaitu Spaghetti Bolognese, Lasagne, Shepherd Pie dan Baked Macaroni.
Sebenarnya tak susah mana pun nak masak makanan yang kononnya 'ada kelas' dan kalau makan di restoran terpaksalah beratus-ratus RM diterbangkan. Bahan-bahannya lebih kurang sama, cuma ditokok tambah dan diubahsuai cara penyediaannya. Dengan 'inti' yang tersedia di atas, kita dah boleh dapat 4 jenis menu. Best kan?
Ok, kalau tak percaya jom tengok ni...
Didihkan air, ambil sebungkus spaghetti dan celurkan hingga lembut. Tips: titikkan setitik minyak masak ke dalam air rebusan supaya spaghetti tidak melekat. Selain daripada 'spaghetti', boleh juga guna lain-lain pasta seperti 'fettucini', 'linguine', 'penne', 'vermicilli', 'fucilli', 'farfalle' dan sebagainya. Pada saya, semuanya rasa sama sahaja, cuma bentuk je berbeza.
Bila dah masak/lembut, letak dalam pinggan dan curahlah sos seperti resepi yang diberi di permulaan artikel ini. Kalau suka boleh tabur cheese dan daun-daun hiasan. Kalau spaghetti meatball, tambah je meatball. Dah siap menu pertama!
2) Lasagne
(i) Didihkan air, ambil beberapa keping lasagna dan celurkan hingga lembut. Susun kepingan lasagna yang dah masak ke dalam loyang/bekas bersesuaian.
(ii) Ambil inti (seperti resepi yang diberi di permulaan artikel) dan curahkan ke atas kepingan lasagna dalam loyang tadi. Ratakan.
(iii) Curahkan sos putih. (2 sudu Mentega + 2 sudu Tepung gandum + 250ml Susu segar + 2 keping Cheddar cheese + secubit garam ==> dimasak dengan api perlahan) Sukatan sos ini bergantung kepada berapa banyak lasagne nak dibuat. Kalau nak banyak, lebihkan sahaja.
(iv) Taburkan parmesan cheese dan mozarella cheese. Banyak mana? Ikut citarasa!
(v) Ulang proses (i) hingga (iv), ikut suka nak buat berapa lapis. Dah siap lapis-lapiskan, bakar lebih kurang 15-30 minit. Semua bahan dah masak, jadi tak perlu nak bakar lama-lama pun.
Siap menu kedua!
3) Shepherd Pie
(i) Ambil beberapa biji kentang, kupas kulit dan rebus hingga empuk. Bila dah empuk, buang air dan lenyek bersama sedikit susu segar, mentega, lada sulah dan garam secukup rasa. Rupanya akan jadi seperti mashed potato kfc, tidak terlalu cair atau kental.
(ii) Letakkan sedikit kentang tadi ke dalam loyang/ramekin atau apa-apa bekas bersesuaian. Ratakan.
(iii) Letakkan inti (seperti resepi yang diberi di permulaan artikel) dan curahkan ke atas kentang tadi.
(iv) Lapiskan dengan baki kentang.
(v) Sapukan sedikit kuning telur di permukaan dan lorek-lorekkan dengan garfu untuk buat corak jika suka.
(vi) Bakar selama lebih kurang 15-30 minit. Sepertimana lasagne, semua bahan juga telah dimasak, jadi tak perlu nak bakar lama-lama.
Menu ketiga dah pun siap!
4) Baked Macaroni
Cara nak buat baked macaroni ni sebiji sama dengan lasagne. Cuma tukar kepingan lasagna dengan macaroni - yang juga telah dicelur terlebih dahulu. Ikut steps yang sama seperti nak buat lasagne, maka akan terciptalah menu ke 4 kita!
Hmmm...macam mana? Dah percaya tak? Heh..heh...
Sebenarnya saya memang tak begitu gemar pun menu-menu Italiana ni, jadi tekak ni tak tahu macam mana rasa sebenar yang sedap. Sebelum ni pernah juga merasa makan yang 'ori' di restoran tapi tekak ni masih tak boleh terima. Bila masak sendiri pun rasanya macam sama je.. Yang penting anak-anak yang suka dan mereka kata sedap. So, boleh je lah!
Tekak kita orang Malaysia ni mungkin suka pedas sikit. Jadi, inti tu boleh je kalau nak tambah cili padi bagi power. Atau pun, di lapisan lasagne/pie/macaroni tu boleh ditambah dengan capsicum, cili padi atau apa sahaja yang kita suka. Kalau yang gemar banyak sayur, boleh tambah lagi dengan carrot, peas dan sebagainya. Kalau nak banyak daging lagi, boleh tambah sosej, daging burger, meatloaf, beef bacon, pepperoni dan sebagainya. Tapi kalau budak-budak, mereka tak minat sayur dan mahu lebih cheese. Jadi, taburkan sahajalah cheese tu banyak-banyak!
Semuanya bergantung kepada citarasa masing-masing. Mungkin resepi-resepi yang saya beri di atas tidak berapa betul atau mungkin kalau dibaca oleh chef-chef akan diketawakan oleh mereka, tapi saya tak kisah. Point penting yang saya nak kongsikan ialah; sebenarnya tak susah pun nak tiru selera omputih, bahan-bahannya lebih kurang sama, cuma diputarbelitkan je! Itulah yang saya katakan "Italiana Trick"!
Setakat ini saya baru 'kaji' empat menu di atas, tapi saya percaya banyak lagi menu yang boleh dihasilkan daripada resepi asas itu. Pizza dan kebab juga saya percaya menggunakan bahan yang sama. Jadi, kalau rajin jom kita eksperimen sama-sama! :)
No comments:
Post a Comment