Thursday, 21 March 2013

Dah hantar borang cukai?

Seperti biasa, setiap tahun, bulan Mac dan April adalah masa yang sibuk bagi pembayar-pembayar cukai. Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi individu hendaklah dihantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada atau sebelum 30 April setiap tahun.

Sama ada anda kena bayar cukai atau tak perlu, BNCP perlu dihantar. Bagi yang bekerja makan gaji tanpa menjalankan sebarang perniagaan, Borang BE lah yang perlu dilengkapkan dan dihantar.

Sebenarnya bukan susah nak isi borang BE ini kalau tiap-tiap tahun kita buat. Formatnya sama setiap tahun, jadi kita cuma perlu ubah angka-angkanya sahaja. Bagi yang agak-agak sebaya dengan saya, mungkin template di bawah boleh dijadikan panduan. 




Bagi yang makan gaji dan mempunyai kehidupan yang biasa-biasa sahaja macam saya, tak banyak sangat benda yang nak kena isi kat borang BE tu. Pendapatan ambil dari borang EA yang majikan bagi tiap-tiap tahun. Pelepasan tu ikutlah apa yang berkaitan dengan kita. Kalau anak bertambah, maka pelepasan untuk anak pun bertambahlah. Kalau ada beli buku, peralatan sukan, bayar rawatan ibu bapa dan sebagainya, pastikan simpan resit!

Satu tips yang nak dikongsi yang mungkin kadang-kadang kita tak perasan ~ kalau suami isteri bekerja dan membuat taksiran berasingan, pelepasan untuk anak-anak boleh dibahagi-bahagikan. Maknanya, kalau ada empat orang anak, tak semestinya suami sahaja boleh tolak pelepasan bagi keempat-empat anak atau isteri sahaja yang berbuat demikian. Suami boleh tolak pelepasan untuk seorang anak dan isteri tiga orang anak dan seterusnya. Sebab itu, penting kita mencongak-congak dulu mana yang menguntungkan. Contohnya, kalau gaji suami lebih banyak daripada gaji isteri, mungkin elok pelepasan untuk anak-anak diambil oleh suami bagi meminimumkan cukainya. Dan begitu jugalah sebaliknya.

Tips yang saya bagi ini adalah tidak salah ye! Jangan salah faham pula. Ia memang dibenarkan dan bukannya untuk mengelak dari membayar cukai. Kita boleh meminumkan pembayaran cukai dan kalau tak nak bayar pun boleh. Tapi mestilah ada bukti yang cukup. Sebab itu, kalau berbelanja, menderma dan sebagainya, pastikan ada resit/dokumen supaya kita boleh gunakan dalam pengiraan cukai.

Kalau ikutkan nak cerita pasal cukai ni, panjang lebar lagi. Cukuplah saya berhenti di sini dulu supaya tak tambah pening bagi mereka yang tak biasa dengan benda-benda ni. Kalau ada permintaan, lain kali saya tulis lagi.

Cuma satu peringatan ye ~ Template di atas cuma ringkasan yang saya ambil mana yang relevan bagi saya sahaja. Banyak lagi item dalam borang BE yang mungkin berkaitan dengan anda semua. Jadi, nak tak nak memang kena tengok borang tu betul-betul.  

Selamat menghantar Borang BE anda dan pastikan anda menjadi warga yang bertanggungjawab!


2 comments:

  1. Saya dah submit...lega...

    ReplyDelete
  2. Maaf, saya lambat jawab komen. Semoga tahun ni (2014) kita lebih bersedia..

    ReplyDelete