1. Dalam blog ini saya selalu memakai topi pihak
pembiaya. Banyak cerita yang saya kongsikan adalah berdasarkan pengalaman kerja
saya yang lepas. Minta maaf jika ada yang merasakan tips-tips dan panduan yang
saya berikan seakan terlalu theoretical.
Tapi sebenarnya ia bukanlah sekadar teori. Apa sahaja yang telah dikongsikan
adalah sesuatu yang praktikal. Sesuatu yang memang telah dipraktikkan, bukan
sekadar di buku atau di pekeliling.
2. Teringin juga saya nak memakai topi peniaga/usahawan. Tapi apakan daya belum ada keberanian. Minat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan memang ada. Tapi bakat dan kesungguhan belum ada kerana saya bukanlah seorang risk taker. :-)
3. Walaupun saya bukanlah seorang usahawan, namun suka juga saya nak menyibuk memberikan pandangan. Ilmu perniagaan, keusahawanan, pemasaran, perakaunan, perundangan dan malah perniagaan antarabangsa pun saya telah pelajari sebelum ini. Nak kata bagus sangat tu tidaklah. Tapi InsyaAllah masih lagi boleh ingat dan praktikkan serba sedikit.
4. Ramai jutawan, ahli perniagaan dan usahawan berjaya di luar sana yang lebih layak memberi nasihat dalam bidang ini dan sudah tentunya jauh panggang dari api jika nak dibandingkan dengan saya. Tulisan saya kali ini cumalah sekadar peringatan untuk diri saya sendiri (jika menceburkan diri dalam perniagaan kelak) dan kepada mereka yang rasa ianya relevan. Bagi yang rasa artikel saya ini hanya akan mematahkan semangat, harap maafkan saya dan berhentilah membaca setakat ini sahaja.
5. Sebelum melangkah kaki ke bidang perniagaan, persiapan mestilah lengkap dari semua aspek. Jika hendak berniaga, kita seharusnya serius, fokus dan komited. Bagi saya, berniaga bukanlah sekadar suatu hobi atau kerana suka-suka sahaja. Berbalik kepada prinsip asas perniagaan – UNTUNG RUGI. Saya percaya semua yang terlibat dalam perniagaan mestilah kerana hendakkan keuntungan. Tiada siapa yang berniaga kerana hendak rugi. Tetapi memang ada mereka yang berniaga sekadar hendak pulang modal, semata-mata kerana hendak bersedekah atau membuat amal jariah. Golongan ini memang ada tetapi sangat sedikit bilangannya. Dan biasanya mereka ini adalah orang yang telah hidup senang, maka perniagaan itu bukanlah mata pencarian mereka lagi.
6. Sekarang ini diperhatikan ramai yang menjadikan bidang perniagaan sebagai bidang tangkap muat. Walaupun tiada kebolehan atau kepakaran dalam bidang tersebut, mereka tetap menceburkan diri semata-mata untuk mendapatkan wang. Contohnya, penjual makanan yang sebenarnya tidak pandai memasak. Menjual makanan menjadi punca pendapatan kerana itu jalan paling mudah. Mereka tidak memikirkan selera pelanggan, tidak mengambil berat tentang status halal bahan-bahan yang dimasak, tidak menjaga kebersihan dan macam mana kalau ada keracunan makanan?
7. Ada yang terjah dalam bidang perniagaan tanpa memikirkan kemampuan diri. Pemasaran canggih dan promosi besar-besaran tetapi bila banyak permintaan, tak dapat dipenuhi kerana kurang kakitangan. Akibatnya permintaan terpaksa ditolak atau kualiti kerja terpaksa dikurangkan demi memenuhi permintaan.
8. Ada pula yang hanya pandai menghasilkan produk tetapi tidak pandai menjual. Berlambak-lambak barang dihasilkan tapi tiada pembeli kerana tiada promosi. Akibatnya, walaupun barang bagus dan berkualiti, tetapi terpaksa dijual murah tanpa untung.
9. Pengeluaran bagus, pemasaran pun cantik. Tapi, kaedah pembelian sumber (bahan mentah) tidak efektif. Tiada pembekal tetap, tiada kemudahan kredit, tidak membeli dari sumber yang betul. Akibatnya tiada cost efficiency. Contohnya, penjual tudung yang mendapatkan bekalan kain secara borong terus dari Vietnam berbanding dengan penjual yang membeli kain secara runcit dari gedung beli-belah di pusat bandar. Kedua-dua menjual produk yang sama, tetapi keuntungan berbeza.
10. Mesti mempunyai pengetahuan asas dalam bidang perakaunan / simpan kira. Paling minimum, peniaga mestilah mempunyai akaun bank supaya segala duit keluar masuk ada bukti dan mudah dirujuk. Sila klik sini untuk artikel berkaitan.
11. Seperkara lagi yang rasanya sangat kurang diketahui oleh mereka yang baru mencebur diri dalam bidang perniagaan ialah berkenaan undang-undang perniagaan. Ada yang terlalu teruja mahu membina nama dalam industri, mencipta nama syarikat, nama label, nama kedai, jenama dan sebagainya tanpa tahu berkenaan undang-undang hakcipta, paten, kontrak dan sebagainya. Silap-silap haribulan jenama yang kita cipta kononnya, diciplak dan didaftar orang terlebih dahulu, kita pula yang disaman kerana dikatakan meniru.
12. Jangan lupa juga kepada si pengutip hasil dalam negeri. Jika tidak dihidu, maka bertuahlah kamu. Tetapi jika dikesan perniagaan tidak dilaporkan, alamatnya beribulah bayaran terpaksa dikorbankan.
13. Perkara yang paling penting (bagi saya), yang jarang diperkatakan oleh orang lain ialah komitmen terhadap keluarga setelah menceburkan diri dalam perniagaan. Adakah kita telah benar-benar bersedia untuk membahagikan masa dengan sebaiknya di antara keluarga dan perniagaan? Bersediakah ahli keluarga kita untuk diabaikan?
14. Bagi saya, perkara 13 inilah yang selalu menjadi penghalang utama. Jika sudah menceburkan diri dalam perniagaan, tentulah banyak masa yang terpaksa dikorbankan. Kerana perniagaan bukan boleh maju dalam sekelip mata. Untuk memula dan membangunkan perniagaan, banyak tenaga, masa dan wang ringgit perlu dikerah. Tak semestinya perniagaan yang dimulakan akan maju dan berkembang seperti yang diharapkan. Kalau tak kena caranya, pasti akan kandas di pertengahan jalan. Itu memang adat dalam perniagaan. Ada masa di atas dan ada masa di bawah. Untuk berada di atas, kita tak pasti bila. Maka sehingga ke detik itu, usaha yang berterusan perlu dilakukan.
15. Saya perhatikan banyak keluarga yang terpaksa berkorban apabila salah seorang - suami atau isteri terlibat dalam perniagaan. Paling menyedihkan jika masing-masing perlu membawa haluan berasingan kerana tidak kuat untuk menempuh halangan. Kasihan kepada anak-anak juga yang menjadi mangsa keadaan.
16. Ramai peniaga yang berjaya dilihat berada dalam golongan berikut :-
i) hidup bersendirian - bujang, ibu tunggal, telah berpisah dengan suami/isteri
ii) tidak mempunyai anak
iii) kedua-dua suami dan isteri terlibat dalam bidang yang sama.
17. Saya fikir golongan ketiga adalah pendekatan terbaik untuk kita menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Jika pasangan mempunyai minat dan berusaha di jalan yang sama, lebih mudah urusan dijalankan kerana masing-masing lebih memahami kerja yang dilakukan. Sebab itulah bila diamati, sesebuah perniagaan yang berjaya biasanya ditonggak oleh ahli keluarga. Bukan kerana pentingkan kroni, tetapi lebih kepada menjaga keharmonian keluarga kerana masing-masing akan faham kerja yang dibuat oleh ahli keluarga dan lebih banyak masa terluang bersama.
18. Ramai yang teruja apabila melihat rakan-rakan yang terlibat dalam bidang perniagaan nampak hidup mewah. Boleh pakai kereta besar, boleh bina rumah banglo, boleh melancong luar negara. Alhamdulillah, kita patut bangga dan tumpang gembira. Tetapi kebanyakannya hanya bahagia dan mewah dari segi zahirnya sahaja. Kereta besar masih berhutang, rumah banglo pun pinjam duit bank. Tiada bezanya dengan rakan lain yang makan gaji. Lebih mendukacitakan jika kemewahan menggunakan duit perniagaan. Memang tidak salah sebagai pemilik untuk menikmati keuntungan dari perniagaan. Tapi, kalau perniagaan belum pun sekukuh mana, janganlah terlampau cepat membazir dan menyalahgunakan wang perniagaan.
19. Tidak kurang pula yang melibatkan diri dalam perniagaan secara sambilan. Masih bekerja makan gaji tetapi boleh berniaga secara kecil-kecilan pada waktu terluang. Jika tidak mengganggu waktu bekerja, saya fikir itu tiada masalah. Tapi kalau terpaksa membuat kerja-kerja berniaga pada waktu bekerja dan menggunakan pula sumber yang ada, fikir-fikirkanlah akan keberkatan hasil perniagaan itu.
18. Ramai yang teruja apabila melihat rakan-rakan yang terlibat dalam bidang perniagaan nampak hidup mewah. Boleh pakai kereta besar, boleh bina rumah banglo, boleh melancong luar negara. Alhamdulillah, kita patut bangga dan tumpang gembira. Tetapi kebanyakannya hanya bahagia dan mewah dari segi zahirnya sahaja. Kereta besar masih berhutang, rumah banglo pun pinjam duit bank. Tiada bezanya dengan rakan lain yang makan gaji. Lebih mendukacitakan jika kemewahan menggunakan duit perniagaan. Memang tidak salah sebagai pemilik untuk menikmati keuntungan dari perniagaan. Tapi, kalau perniagaan belum pun sekukuh mana, janganlah terlampau cepat membazir dan menyalahgunakan wang perniagaan.
19. Tidak kurang pula yang melibatkan diri dalam perniagaan secara sambilan. Masih bekerja makan gaji tetapi boleh berniaga secara kecil-kecilan pada waktu terluang. Jika tidak mengganggu waktu bekerja, saya fikir itu tiada masalah. Tapi kalau terpaksa membuat kerja-kerja berniaga pada waktu bekerja dan menggunakan pula sumber yang ada, fikir-fikirkanlah akan keberkatan hasil perniagaan itu.
20. Bidang perniagaan memang bidang mulia dan dalam Islam sendiri memang amat digalakkan. Namun, jika kita terlampau tamak untuk mengejar kekayaan melalui perniagaan sedangkan pada masa yang sama kita juga mempunyai tanggungjawab sebagai seorang pekerja makan gaji, adakah itu berbaloi? Menggunakan setiap detik masa yang ada untuk bertungkus lumus berniaga sehingga mengabaikan banyak perkara, adakah itu berbaloi?
21. Memang kata orang belum cuba belum tahu. Kalau terlampau banyak perkara nak difikirkan, sampai bila-bila satu pun tak menjadi. Untuk menjadi usahawan, kena berani ambil risiko. Itu memang betul. Tapi bagi saya, setakat ini masih belum bersedia kerana percaya belum lengkap ilmu di dada. Walaupun hanya perniagaan secara kecil-kecilan daripada ceruk dapur, terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan. Anda bagaimana?
Saya seorg peniaga.
ReplyDeleteMula2 baca artikel ni saya rasa agak marah krn melemahkn smgt.
Tp bila difikir2 kmbli mmg ada betulnya. Dan buatkn saya perlu fikir bbrapa bnda yg mmg saya tak fikir sblm ni.
Tk krn bkongsi.
Terima kasih kerana faham maksud artikel saya. Memang saya tidak berniat melemahkan semangat sesiapapun, sekadar beberapa perkara untuk direnungkan bersama, jika bermanfaat.
Deleteaku baru nk mula meniaga. da byk kursus, seminar aku attend. tp kat blog ni lain mcm sket aku baca. sblm2 ni dorang takde pon cerita2 mcm ni. timekasih la bukakan minda aku.
ReplyDeleteTerima kasih kerana membaca dan semoga bermanfaat.
Deletedok stuju..
ReplyDeleteTak mengapa jika saudara/i tak bersetuju. Masing-masing ada pandangan tersendiri. Walaubagaimanapun, terima kasih kerana sudi membaca.
Delete