Sunday 31 March 2013

Simpankira Perniagaan Kecil

Dalam sesebuah perniagaan, amat penting menguruskan kewangan dengan betul. Bagaimanakah cara untuk memastikan keluar masuk duit dikawal dengan betul? Jawapannya ialah perlunya ada rekod!

Rekod tidak semestinya sebuah set kira-kira atau sistem perakaunan yang canggih. Bagi perniagaan kecil, memadai jika setiap duit keluar dan masuk dicatatkan di dalam sebuah buku khas yang biasanya dipanggil lejer. Atau, paling kurang pun catat di buku tiga lima. Dengan ini, seseorang peniaga boleh tahu berapa pendapatan dan perbelanjaannya sehari dan berapa keuntungan atau kerugiannnya pada hari itu.



Untuk membuat rekod duit keluar masuk ini sebenarnya tidak memerlukan kepakaran ilmu perakaunan pun. Ikut logik ~ satu bahagian duit masuk, satu bahagian lagi duit keluar. Beza antara keduanya adalah untung atau rugi. Cukup mudah!


Rekod duit keluar masuk ini sangat penting untuk seseorang peniaga mengetahui kedudukan perniagaannya. Ia diperlukan untuk menjawab banyak persoalan. Antaranya; adakah modal yang dikeluarkan sudah berbayar? Adakah perniagaannya berbaloi? Wajarkah perniagaannya diteruskan? Bilakah masanya perniagaan boleh dikembangkan lagi? Dan bermacam2 soalan lagi.

Jadi, sekiranya kita sudah mula berniaga, pastikan rekod kira-kira ini dibuat ye!



4 comments:

  1. Teringat pula masa kecik2 dulu selalu nampak bai roti tulis dlm buku 3/5...memori indah...

    ReplyDelete
  2. bab kira2 ni mmg leceh sket la.. aku upah org tp cas mahal der..nk buat camne, dah tak reti nk buat. bila pegi bank, mesti dia mintak akaun. nak tak nak terpaksa la upah org buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu, pihak bank memang selalu minta akaun. Jadi, memang perlu kita belajar serba sedikit.

      Delete