Friday 10 October 2014

"Italiana trick"


  • Tumiskan bawang merah dan putih yang telah dicincang.
  • Kalau nak pedas boleh tumiskan sekali sedikit cili mesin. Kalau tak nak letak pun ok.
  • Dah garing, masukkan daging / ayam cincang.
  • Masukkan tomato puree dan sos cili. Boleh juga kalau nak guna sos spageti. Kacau sampai menggelegak.
  • Akhir sekali masukkan cendawan butang, tomato dan bawang besar holland (kuning) yang dipotong dadu, daun ketumbar yang dihiris halus, serbuk lada hitam, lada sulah, oregano, garam dan gula secukup rasa.

Resepi apakah di atas???


Hahhh! Hasil daripada kajian saya, itulah inti / salah satu bahan yang terdapat dalam makanan Itali / Barat yang sangat popular sekarang ini iaitu Spaghetti Bolognese, Lasagne, Shepherd Pie dan Baked Macaroni.

Sebenarnya tak susah mana pun nak masak makanan yang kononnya 'ada kelas' dan kalau makan di restoran terpaksalah beratus-ratus RM diterbangkan. Bahan-bahannya lebih kurang sama, cuma ditokok tambah dan diubahsuai cara penyediaannya. Dengan 'inti' yang tersedia di atas, kita dah boleh dapat 4 jenis menu. Best kan?

Ok, kalau tak percaya jom tengok ni...