Hawaii ~ satu nama yang sangat sinonim dengan "Hawaii Five-O". Betul kan?
Bila sebut Hawaii je kita mesti terbayangkan drama bersiri yang popular sejak 20 tahun lalu lagi rasa-rasanya. Kini, drama tersebut telah pun berwajah baru dengan para pelakon baru. Namun sebenarnya, saya sendiri tak berapa minat menontonnya...hi..hi...
Hawaii, sebuah negeri dalam Amerika Syarikat, bukanlah destinasi pelancongan yang popular bagi kita rakyat Malaysia (pendapat saya). Ini adalah kerana iklim dan suasananya tidak banyak berbeza dengan Malaysia. Kepulauan yang terletak di tengah Lautan Pasifik, barat daya Benua Amerika, tenggara Jepun dan barat laut Australia ini beriklim tropika. Tiada empat musim kecuali di beberapa tempat yang ada salji seperti di kawasan pergunungan.
Pantainya memang cantik; bagi peminat aktiviti sukan air seperti surfing dan snorkeling, memang akan teruja. Tapi, saya rasa di Malaysia pun apa kurangnya....
Dalam artikel ni, cuma nak kongsi beberapa tips jika ke Hawaii, khasnya ke Honolulu, ibu negeri Hawaii.
Khususnya, artikel ini lebih ditujukan kepada mereka yang dihantar berkursus di sana, mungkin boleh manfaatkan serba sedikit maklumat di sini.
Khususnya, artikel ini lebih ditujukan kepada mereka yang dihantar berkursus di sana, mungkin boleh manfaatkan serba sedikit maklumat di sini.
Makanan
Pertama sekali, of course tentang makanan kan! Kalau duduk sehari dua, oklah ikat perut makan maggi je, tapi kalau dah berbulan-bulan, takkan lalu tekak nak telan mi segera tiap-tiap hari.
Secara umumnya, susah juga nak dapatkan makanan halal di Hawaii kerana bilangan penduduk Islam tak ramai. Ada beberapa restoran yang kononnya halal tapi bila tengok menu, ada juga yang tak halal dihidangkan. Jadi, berhati-hatilah.
Secara umumnya, susah juga nak dapatkan makanan halal di Hawaii kerana bilangan penduduk Islam tak ramai. Ada beberapa restoran yang kononnya halal tapi bila tengok menu, ada juga yang tak halal dihidangkan. Jadi, berhati-hatilah.
Bagi yang pergi berkursus, kebiasaannya makanan tidak disediakan. Namun begitu, tempat kediaman yang disediakan lengkap dengan dapur dan peralatannya. Jadi, lebih baik masak sendiri! Tapi, sebelum masak, pastikan kita samak dahulu segala pinggan mangkuk, periuk belanga dan sebagainya dulu... Bagaimana caranya? Gunakanlah sabun Taharah ~ boleh rujuk artikel sebelum ini Sabun Taharah - untuk samak.
Tempat yang paling murah untuk mendapatkan barang runcit dan bahan-bahan untuk dimasak ialah di NEX (Naval Exchange) dan NEX Commissiary - sebuah hypermarket milik Navy (hanya ahli dibenarkan masuk). Ada juga kedai-kedai runcit lain seperti Food Pantry. Tapi, rasanya masa pergi sekali di NEX tu boleh beli sekali untuk simpan stok untuk berapa hari tinggal di sana, tak perlu dah nak beli lagi. Terdapat juga Halal Market yang menjual daging halal, tapi harganya agak mahal.
Bila segala keperluan seperti susu, beras, minyak, telur, ikan, sayur dan sebagainya dah ada, maka rasanya tiada lagi masalah tentang makanan. Masak sendiri dan makanlah tanpa was-was!
Shopping
Inilah part yang paling mengujakan rasanya... Jangan kata perempuan sahaja yang akan gila shopping, orang lelaki pun akan ikut syok sama. Manakan tidak, bila tengok harga branded items yang di sini ribu-riban tapi di sana cuma berpuluh dolar saje! Tak ke rambang mata dibuatnya?
Tapi AWAS! Jangan syok sangat sampai lupa ambil kira currency yang diguna. RM3.30 - RM3.50 kita baru dapat USD1. Jadi, sebelum membeli tu, congak-congaklah kali tiga dulu untuk tahu sama ada berbaloi atau tidak... Jangan dilupakan juga, shopping tak ingat punya pasal, di airport nanti tak pasal-pasal kena bayar extra baggage pula!.
Antara tempat menarik untuk shopping ialah:-
- NEX - segala-galanya ada di sini. Daripada makanan hinggalah pakaian, kasut, barang elektrik, jam, pinggan mangkuk dan souvenir. Prime quality Hawaiian shirts pun banyak. Kebanyakannya branded goods dengan harga yang lebih murah daripada kedai-kedai di luar. Kadang-kadang ada lagi diskaun diberi. Jadi, kalau nak beli buah tangan, elok beli di sini.
- Supermarket ROSS - kalau nak beli pakaian seperti jeans, kat sini memang berbaloi-baloi. Tapi kalau nak beli di sini, bila dah ada yang berkenan, teruslah beli. Sebab, kalau nak fikir-fikir lain kali datang lagi, sure dah tak ada! Ross ni ada beberapa cawangan. Boleh jalan-jalan dan cari...
- Wakile Premium Outlet - untuk shopping branded items seperti Coach, Guess, Gap, Calvin Klein, Levi's dan macam-macam lagi.... Tempat ni memang tak sah kalau pergi sekali. Kalau dah pergi, mesti terkenang nak pergi lagi. Bagi yang gila branded handbag, kasut, baju, memang inilah syurgamu... Compare harga dengan Malaysia, yessss still lebih murah walau pun dah plus minus currency exchange.
- Ala Moana Shopping Centre - shopping complex terbesar. Semua branded items ada dijual di sini. Seeloknya jangan tengok depan sahaja tapi masuklah sampai dalam setiap kedai sebab items yang murah-murah biasanya ada di bahagian belakang.
Banyak aktiviti yang dijalankan di tepi pantai seperti Waikiki Beach, Hanauma Bay dan North Shore. Seeloknya ambil masa berjalan kaki menikmati pemandangan sambil meninjau apa-apa aktiviti yang ada. Walaupun nampak cuaca panas, matahari memancar terang, tapi udaranya sejuk dan tidak membuatkan kita berpeluh macam di sini. Jadi, eloklah jika banyak berjalan, meluaskan pemandangan.
Surfing di North Shore
Cultural show di tepi pantai Waikiki
Honolulu Festival Parade of Bands adalah salah satu acara tahunan. Jangan hairan jika nampak banyak mata sepet di sana. Orang Jepun adalah antara bangsa terawal yang menduduki Pulau Hawaii. Mereka berhijrah ke sana sebagai buruh di ladang nenas dan tebu.
Penduduk asli terdiri daripada suku bangsa Polynesia. Paras rupa mereka ada iras seperti Melayu, tetapi berbadan tegap dan sasa.
Pendek kata, jika berjalan-jalan di sana kita tidak akan terasa sangat berada di negara asing. Penduduk di sana terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan. Mereka agak ramah dan mesra.
Tempat-tempat menarik
Tempat-tempat menarik selain daripada pantai, terdapat juga tempat bersejarah dan lain-lain tempat yang boleh dikunjungi seperti Pearl Harbor, USS Arizona Memorial, Polynesian Cultural Centre, Hawaii Volcanoes National Park dan banyak lagi. Kalau nak cerita dan tunjuk semua memang tak habis. Apa-apa pun hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri juga yang best!
P/S Extra info :
- Budaya orang Amerika suka memberi tips terutama di kedai makan. Jadi, masa bayar kena bayar extra untuk tips. Pendek kata, keep the change lah!
- Kalau pergi supermarket, jangan pula minta trolley - sebab di sana trolley tu ialah bas. Bas kayu yang tak berdinding, syok je kena tiup angin dan kalau hujan ditutup dengan plastik. (Tengok gambar atas)
Thx 4 info. Nice pics.
ReplyDeleteTq :)
ReplyDelete