Saturday, 8 February 2014

KEK COKLAT KUKUS

Zaman sekarang ni tak susah nak masak sebenarnya. Tak perlu nak beli buku resepi untuk belajar masak. Sambung je internet semua ada. Daripada resepi hinggalah video cara-cara nak membuatnya pun ada. Senang sangat, nak dengan tak nak je...

Ramai yang tak kedekut ilmu, sudi kongsikan resepi di alam siber ni. Jadi, tak gunalah bagi sesiapa yang masih kedekut resepi. Itu cuma orang dulu-dulu je yang liat benar nak bagi resepi kat orang sebab takut sangat orang buat lebih baik daripada dia!

Saya tak kedekut resepi...sesiapa nak resepi apa pun, saya mesti bagi. Sebelum-sebelum ini ramai kawan-kawan yang minta resepi kek, kuih raya dan sebagainya. Saya bagi. Tapi sedihnya ada yang tak percaya pula, anggap saya tak bagi resepi sebenar sebab nampak simple sangat resepi yang saya bagi.

Saya memang suka masak, buat kek, kuih raya dan sebagainya. Tapi saya juga orang yang tak strict to recipe sangat. Suka je nak ubah-ubah ikut kesenangan saya. Saya tak suka resepi yang complicated, banyak sangat step dan banyak sangat bahan. Jadi, biasanya memang resepi saya simple je nampak. Jadi nak percaya ke tak, terpulanglah ye!

Hari ni saya nak kongsikan resepi kek coklat kukus. Resepi ni saya cari di internet juga. Tak pernah cuba buat kek kukus, so terpaksa surf banyak blog untuk dapatkan resepi yang termudah. Saya tak ingat saya ambil dari blog mana sebab banyak sangat surf dan saya ambil sana sini sikit ikut mana yang berkenan. Anyway, terima kasih bebanyak kepada semua blogger tersebut.


Ok lah, jom tengok... saya tak tulis ikut resepi macam biasa, tapi ikut step supaya lebih senang nak buat. Macam ni ye...

KEK COKLAT KUKUS
  1. Panaskan air dalam kukus.
  2. Bahan A :  Serbuk koko, susu cair, susu pekat, gula pasir, minyak masak - setiap bahan ni, sukatannya satu cawan. Campurkan semua dalam periuk. Panaskan atas api secara double boil. (Periuk ni letak je atas air yang dah panaskan dalam kukus tadi...tumpang sekejap). Agak-agak dah sebati semua dah hancur elok, angkat ketepikan. Air kukus tu biarkan mendidih jangan padam api.
  3. Bahan B : 3 biji telur, masuk dalam blender dan blend sampai kembang berbuih. (Guna blender biasa yang kita mesin cili tu je...tak payah guna mixer pun tak apa. Tapi kalau nak guna mixer pun boleh)
  4. Bahan C : 1 1/4 cawan tepung gandum, 1 sudu kecil baking powder, 1 sudu kecil soda bikarbonat - semua ni ayak sekali.
  5. Masukkan Bahan B dan C ke dalam Bahan A. Kacau sebati. Siap!
  6. Masukkan adunan dalam loyang. Tutup dengan aluminum foil loyang tu. Tapi kalau nak pakai mangkuk plastik yang tahan panas pun boleh. Tutup mangkuk tu dengan penutupnya, tapi jangan rapat sangat, letak je. Tujuan ditutup ialah supaya air kukusan tak menitis atas kek. 
  7. Penutup kukus tu seeloknya dibungkus dengan kain supaya wapnya tak menitis atas kek. Tapi, kalau loyang / mangkuk tadi dah bertutup, ok lah tak payah pun tak pe. Kukus selama lebih kurang 30 minit hingga 90 minit bergantung kepada saiz loyang / mangkuk yang digunakan. Kalau mangkuk kecil lebih cepat masak. 
  8. Nak tahu dah masak ke belum, cucuk dengan lidi (lidi sate atau tester. Janganlah guna lidi penyapu pulak!) Kalau tak de melekat apa2 pada lidi, maka dah masaklah kek tu. Tapi kalau ada benda cair melekat lagi, biarkan masak lagi. Jadi, agak-agak dah 30 minit kukus, boleh buka dan test dulu.
  9. Bila kek dah masak, keluarkan dari kukus dan ketepikan. Air kukus tadi jangan buang dulu. Biarkan.
  10. Ambil cooking coklat, masuk periuk dan cairkan secara double boil. Hahhh...itulah gunanya air kukusan yang tak dibuang tadi. Letak je periuk atas air tu. Bila coklat dah cair, masukkan susu cair. Sukatannya terpulang kepada citarasa. Kalau nak pekat, jangan letak susu banyak-banyak. Kalau suka cair, letaklah susu tu banyak-banyak. Lepas tu masukkan sedikit mentega untuk kasi coklat tu cantik berkilat. Tapi kalau tak nak letak pun tak mengapa..
  11. Curahkan coklat tu atas kek tadi. Dah siap, boleh makan! Nak sejukkan boleh, tak sejuk pun OK. 

Resepi ni khasnya ditujukan kepada adik dan kakak saya yang dah lama nak kan resepi kek kukus. Harap-harap mereka boleh cuba resepi ni... Semoga berjaya! :)



No comments:

Post a Comment