"Sayang betul kemeja ni...semua elok lagi, tapi kolar je dah koyak...macam mana lah nak pakai kalau leher dah berbulu-bulu..terpaksalah buat kain buruk je!"
OOOPPPPPPSSS! Nanti dulu!
Pernahkah anda mengalami situasi demikian? Kemeja (lelaki) anda masih elok, tiada sebarang koyak, kain masih baru, warna masih cantik tapi cuma bahagian kolar dah koyak? Koyak itu mungkin akibat selalu kena berus/sental sebab bahagian kolar selalu lebih kotor. Atau bagi yang menunggang motorsikal, kesan bergeser dengan topi keledar dan habuk2 di jalan menyebabkan bahagian kolar cepat koyak.
Jika anda pernah mengalami situasi tersebut, apa yang anda lakukan? Tak sayang ke baju yang masih elok terpaksa dibuang, dibuat kain buruk atau diperap sahaja dalam almari?
Di sini saya nak kongsikan satu tips. Tips ini lebih sesuai dinamakan tips berjimat-cermat atau pun tips orang kedekut...hi..hi...
Kemeja-kemeja yang masih elok tetapi cuma koyak di bahagian kolar, masih boleh anda pakai. Malah dengan lebih bergaya dan ranggi. Bagaimana caranya? Tengoklah gambar di bawah:-
Anda cuma perlu buat sedikit ubahsuai dan hasilnya, boleh jimat duit sebab tak perlu beli baju baru! Ok tak?
No comments:
Post a Comment