Wednesday, 18 December 2013

Bermulalah alam persekolahan.....


Pernah tak nampak gambar / cerita di atas? Kalau pernah, maknanya anda adalah rakan sebaya saya....sebab ianya merupakan helaian-helaian terawal dalam buku bacaan sekolah darjah satu.


Walaupun dah lebih 30 tahun, saya masih sayangkan buku tersebut. Malah, saya jadikan buku itu sebagai buku bacaan pertama bagi anak-anak saya, selepas mereka mengenal huruf dan sukukata sepertimana template abc asas membaca (rujuk artikel terdahulu). Alhamdulillah, empat orang dah lepas....keempat-empat dah berjaya "khatam buku ayam jantan" sebelum memulakan persekolahan darjah 1.

Anak keempat saya bakal menjejakkan kaki ke alam persekolahan sebenar tak berapa hari sahaja lagi. Seperti mana artikel saya sebelum ini (berkenaan Tadika Kemas), Alhamdulillah nampaknya tiada apa yang rugi kerana tidak menghantar beliau ke tadika swasta yang mahal-mahal.

Boleh membaca, menulis, melukis dan mengira - asas yang cukup untuk menempuh alam persekolahan kelak. Walaupun mungkin tidaklah sehebat anak-anak yang mendapat pendidikan awal di tadika swasta, saya rasa apa yang dipelajari di Tadika Kemas amat memadai.

Suka saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru dan pembantu tadika yang telah menjalankan tugas dengan baik dan semoga dapat terus berbakti untuk anak bangsa.

1 comment:

  1. Anak bongsu saya nampaknya tidak terkecuali daripada membaca buku ini. Beliau yang sedang bersekolah di Tadika Kemas juga, sudah boleh membaca. Yang paling menyeronokkan ialah apabila disuruh membina ayat, beliau telah menggunakan ayat-ayat di dalam buku ini sebagai asas. Ternyata buku yang telah berusia lebih dari 4 dekad ini masih mampu menjadi bahan pembelajaran. Syukurlah.

    ReplyDelete