Thursday 11 April 2013

Tadika

Sebelum ini saya tak pernah hantar anak-anak ke tadika Kemas. Mungkin sebab masa tu di kawasan rumah saya ada banyak pilihan tadika swasta. Jadi, tak terfikir pula nak hantar ke tadika Kemas yang terletak agak jauh sedikit dari rumah.

Di tambah pula dengan persepsi akibat dengar cakap-cakap orang tentang tadika Kemas ini. Ramai yang kata tadika Kemas tak bagus sebab asyik makan, minum, nyanyi dan main sahaja. Belajar tak berapa sangat pun...

Bila tiba giliran anak saya yang keempat, saya 'terpaksa' hantarnya ke tadika Kemas. Perkataan 'terpaksa' saya gunakan sebab tiada pilihan lain untuk menghantar anak belajar di tadika. Yang ada semuanya jauh-jauh belaka.

Mulanya memang susah nak menghilangkan persepsi buruk terhadap tadika Kemas ini. Malah saya dan suami kadang-kadang rasa bersalah terhadap anak keempat ini kerana terpaksa menyekolahkannya di tadika Kemas. Sampai begitu teruk sekali tanggapan kami.


Kini dah hampir 4 bulan anak bersekolah di tadika Kemas. Nampaknya tanggapan negatif kami semakin hari semakin beransur pergi. Perkembangan minda dan sosial anak saya tiada bezanya dengan abang-abang dan kakaknya sebelum ini. Dia dah kenal huruf, kenal suku kata dan dah boleh membaca yang mudah-mudah. Yang membanggakan juga, dia dah boleh baca beberapa doa, Al-fatihah, tahu mengambil wudhu dan solat walaupun masih tak berapa betul.

Setiap hari bila balik dari sekolah, yang paling utama diceritakan ialah tentang makanan yang diberi oleh guru di sekolah. Kami bersyukur kerana anak mendapat makanan yang berkhasiat. Sarapan pagi pukul 7.45 pagi dan makan tengahari pada pukul 10 - 11 pagi setiap hari tanpa gagal. Menunya juga bagus-bagus, bukan sekadar roti atau biskut kering celup air teh O atau sirap seperti di sekolah abang-abang dan kakaknya dahulu.

Walaupun mungkin masih terlalu awal untuk memuji-muji, tetapi setakat ini kami rasa sangat bersyukur. Dengar-dengar cakap orang sahaja sebenarnya memang tidak membantu kalau kita tidak melaluinya sendiri. Suka saya nak menegaskan di sini bahawa tadika Kemas juga setanding dengan tadika-tadika swasta lain. Pokok pangkalnya anak itu sendiri. Kalau dia nak belajar dan nak berkelakuan baik, hantar ke mana pun baguslah dia. Ibarat benih yang baik, dicampak ke laut pun masih boleh hidup...bukan begitu?

Saya bukanlah nak berkempen pula (memandangkan kebetulan pula kena dekat waktu pilihanraya ni...), tapi sayang seribu kali sayang jika tadika Kemas ini ditutup memandangkan ada ura-ura sebegitu jika kerajaan baru mengambil alih kelak. Tadika ini banyak membantu rakyat yang tidak mampu (kerana yurannya cuma RM20 sebulan berbanding yuran tadika swasta ada yang mencecah ratusan ringgit sebulan). Ia bukan sahaja memberi pendidikan awal yang murah kepada rakyat, tetapi berkualiti. Cakap-cakap bahawa tadika Kemas hanya tadika makan, nyanyi dan main sahaja ternyata silap!



5 comments:

  1. Saya blm ada anak. Tp saya setuju bhw tadika di mana2 pun sama. Tujuan bertadika cumalah utk pendedahan awal kanak2 supaya dia blh bergaul. Bknnya nak asak belajar bermati-matian.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana mempunyai pandangan yang sama. Happy reading!

    ReplyDelete
  3. salam..just nak share my experience...sy sgt tidak setuju bila ada ibu bapa memperkecilkan tabika kemas..ini kerana tabika kemas yurannya murah so di anggap tidak berkualiti..itu adalah silap...sy mempunyai anak di mana thn ni bulan 11 genap umurnya 5 tahun..sy menghantar anak sy tu ke tadika kemas walaupun sebenarnya byk tadika swasta lain yg famous tapi sy tetap pilih kemas kerana sy yakin tadika kemas sekarang byk improvement dari dulu. dimana guru nya semua yg bergraduate. kini setelah 8 bulan anak saya belajar di tabika kemas anak sy sudah boleh mengeja, membaca, mengira malah sudah boleh membuat latihan ulangkaji untuk pra sekolah 6 tahun..alhmdulillah ..anak saya juga ada memenangi pertandingan bercerita. so apa yg sy dpt katakan tadika kemas tidak seperti yang kebanyakkan org ckp nyanyi makan dan main..semua tadika sama sahaja yg penting peranan ibu bapa..kita perlu pantau pembelajaran anak2 apabila di rumah jgn serahkan semuanya pd guru. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.
      Betul kata puan, peranan ibu bapa lebih penting tak kira di mana anak kita bersekolah. T.kasih krn membaca.

      Delete
  4. Thanks and I have a swell present: Who Repair House Windows whole home renovation cost

    ReplyDelete