Baru-baru ini saya masak ayam penyet...sebenarnya bukanlah kali pertama, tapi dah beberapa kali cuba sebelum ini. Cuma kali ini saya masak dalam jumlah yang banyak untuk dijamu kepada tetamu semasa kenduri. Sayangnya saya lupa nak ambil gambar....
Di sini saya kongsikan resepinya. Resepi ini saya ambil dari internet juga, dan saya buat ikut citarasa sendiri. Mudah je sebenarnya, jom cuba!
A. SAMBAL AYAM PENYETBahan-bahan untuk sambal:-
Cili padi
Cili hidup/merah
Buah tomato
Bawang merah
Bawang putih
Belacan
Ikan bilis
Limau kasturi
(sukatan bahan bergantung kepada berapa banyak sambal yang nak dibuat. Kalau suka pedas, cili padi tu lebih-lebihkanlah...)
Caranya:-
1. Semua bahan di atas (kecuali limau kasturi) hendaklah digoreng terlebih dahulu satu persatu.
2. Lepas goreng biarkan sejuk sekejap dan kemudian mesin.
3. Bahan-bahan yang dah mesin, masukkan dalam periuk dan masak atas api macam biasa sampai mendidih. Perahkan sedikit limau kasturi, tambah garam dan gula secukup rasa. Siap!
* Sambal ini boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam peti sejuk. Bila-bila teragak nak makan nasi ayam penyet boleh lah keluarkan dan panaskan sahaja.
Bahan-bahan rempah untuk perap:-
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Biji ketumbar
Jintan manis
Jintan putih
Lada putih
Serbuk kari
Serbuk kunyit
Caranya:-
1. Bawang, halia, jintan dan ketumbar mesin sampai halus. Kalau malas, ketumbar dan jintan boleh pakai yang jenis serbuk. Tapi bawang dan halia masih kena mesin juga!
2. Gaulkan semua bahan (campur dengan air), tambah garam ikut rasa. Jangan terlampau pekat atau cair. Pandai2lah agak supaya boleh melekat dengan bahan yang nak diperap nanti.
* Rempah ini digunakan untuk perap ayam, tempe dan tauhu. Semasa hendak menggoreng, taburkan sedikit tepung beras.
C. NASI
Ada banyak resepi dan pendapat tentang nasi ayam penyet ini. Ada yang macam nasi ayam, ada yang macam nasi kukus dan macam-macam lagi. Saya punya version nasi ayam penyet hanyalah menggunakan nasi putih biasa. Senang je!
D. SUP
Sup ini bergantung pada citarasa masing-masing. Saya cuma ambil air rebusan ayam (sebelum diperap) dan cuma tambahkan kiub pati ayam. Dengan kata lain sup kosong ala-ala sup nasi ayam biasa. Kemudian taburkan daun sup dan bawang goreng.
E. SAJIAN NASI AYAM PENYET
Persembahan nasi ayam penyet ini adalah sepeti berikut:-
- Nasi putih
- Ayam goreng berempah
- Tempe goreng berempah
- Tauhu goreng berempah
- Sambal
- Ulam-ulam mentah seperti kobis, kacang panjang dan timun. Kalau suka ulam lain pun boleh.
- Sup kosong
Nasi ayam penyet ini nampak simple, tak macam nasi minyak, nasi tomato dan sebagainya. Tapi kalau makan sekali, mesti nak lagi. Sebab ia tak memuakkan dan tambah-tambah lagi bagi mereka yang sukakan makanan pedas, boleh letak cili padi banyak-banyak.
Tips mudah untuk menyediakan nasi ayam penyet bila-bila masa sahaja ialah sediakan sambal dan rempah banyak-banyak dan simpan dalam peti sejuk. Jadi, bila nak masak, dah jimat masa!
Rupa nasi ayam penyet adalah seperti di bawah ini....(gambar ini saya pinjam dari blog orang lain memandangkan gambar sendiri lupa nak ambil... :( )
Nasi ayam penyet paling power yang saya pernah makan ialah di Labuan masa pesta pantai. Kalau di KL ni, di Wong Solo, memang menangis kalau makan. Tapi, kenapa nak membazir berbelas-belas ringgit sepinggan kalau kita boleh masak sendiri kan? Apa lagi, jom cuba!
Kecoh ada rest ap yg x halal. Baik masak sndiri
ReplyDeleteYe..saya pun ada terbaca tentang itu. Tapi tak berapa pasti juga. Jadi, baik kita elakkan dengan cuba masak sendiri!
ReplyDelete