Tuesday, 20 August 2013

Penawar sakit tekak atau batuk

Zaman sekarang ni macam-macam penyakit ada. Tak kira tua atau muda, semuanya berisiko untuk dapat penyakit. Walaupun dah moden dan ada pelbagai teknologi canggih dan perubatan moden untuk mengubati berbagai-bagai penyakit, tetapi rawatan-rawatan alternatif masih juga mendapat perhatian.

Namun, tak semua orang serasi dengan sesuatu cara perubatan. Pendek kata, semuanya bergantung pada diri masing-masing dan sama ada boleh sembuh atau tidak, semuanya atas izinNya.

Rawatan atau kaedah-kaedah untuk mencegah daripada penyakit tertentu secara tradisional atau semulajadi juga sebenarnya ada banyak. Ramai yang sudi berkongsi pengalaman dan petua dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi dan bahan-bahan harian yang kita gunakan yang sebenarnya banyak manfaat yang kita tak sedar.

Di blog ini saya akan cuba kongsikan maklumat-maklumat yang saya kumpulkan untuk manfaat kita bersama. Cuma perlu diingat, tak semua akan serasi dengan teknik / kaedah rawatan tertentu, tapi apa salahnya mencuba!




Penawar sakit tekak atau batuk

Hirisan lemon
Hirisan halia
Madu


- Masukkan hirisan lemon dan halia dalam balang, curahkan madu. Simpan dalam peti sejuk (tahan sehingga 2-3 bulan).
- Ambil satu sudu dan campurkan dalam segelas air - minum. Boleh juga dimakan terus sesudu, kalau tak suka campur dengan air.




No comments:

Post a Comment