Tuesday, 20 August 2013

Rawatan pembersihan buah pinggang


Gambar di atas ialah daun ketumbar atau "coriander". Daun ni biasanya digunakan dalam masakan Thai seperti tomyam, sup dan juga dalam masakan nasi beriyani dan sebagainya. Biasanya juga digunakan sebagai hiasan atas makanan. 

Tapi jangan terkeliru pula dengan daun sup atau ada juga yang panggil daun saderi. Kedua-dua daun ketumbar dan daun sup ini mempunyai rupa yang seakan-akan sama. Cuma daun ketumbar agak pendek sedikit batangnya dan daunnya lebih kecil berbanding daun sup. Yang ketara membezakannya ialah baunya.


Ramai yang tak gemar dengan daun ketumbar kerana aromanya sangat kuat. Kalau orang yang tak suka, makan daun ketumbar merupakan pengalaman yang buruk. Tapi, alah bisa tegal biasa. Kalau dibiasa-biasakan, sebenarnya daun ketumbar ini mempunyai rasa yang unik dan sedap serta dapat merangsang selera makan.

Setiap kejadian Tuhan ini ada manfaat yang kita tak sedar. Daun ketumbar ini dipercayai boleh membersihkan buah pinggang. 

Caranya:-
  • Ambil sekumpul daun ketumbar, bersihkan, potong dalam kepingan kecil, masukkan dalam periuk, letak sedikit air dan rebuskan selama lebih kurang 10 minit. 
  • Sejukkan, tapis dan simpan dalm peti sejuk. 
  • Minum segelas setiap hari.
  • Garam dan racun terkumpul dalam buah pinggang akan keluar melalui air kencing, InsyaAllah.

Daun sup juga ada khasiat tersendiri. Ramai yang kata ia boleh mengurangkan tekanan darah tinggi. Tapi kaedah atau sukatannya, saya belum pasti. Kalau ada nanti saya kongsikan.

Daun-daun yang selama ini kita anggap remeh dan sebagai hiasan pencantik hidangan sahaja rupa-rupanya ada banyak khasiat. Jadi, selepas ini pastikan setiap makanan yang dihidangkan mesti tinggal pinggan kosong sahaja tau!

No comments:

Post a Comment