Sunday, 14 October 2012

Resepi Kerapu Stim & Yee Mee Sempoi

Hari ni saya nak share dua resepi sempoi...yang sangat2 senang nak buat, terutamanya di saat2 malas nak memasak tapi kena juga masak.

Yang pertama ialah Ikan Kerapu Stim


Bahan2 dan cara2nya:-
1. Ikan kerapu - saiz ikut suka. Tapi kalau yang besar lagi best! Kelar2 sikit badan ikan tu, letak dalam pinggan.
2. Hiris bawang putih, halia, bawang merah, serai, batang celeri, daun limau purut, tomato kerat 4@6, semua taburkan atas ikan tadi.
3. Perah sedikit limau - tak kisah lah limau nipis ke, limau kasturi ke, lemon ke... sikit je untuk hilangkan hanyir. Tapi kalau suka masam, letaklah lebih.
4. Taburkan garam, lada sulah ikut rasa.
5. Letak air - ikut suka. Kalau nak kuah banyak, lebihkan sikit air.
6. Letak dalam kukus, lebih kurang 10-15 minit siap!
7. Taburkan daun sup / daun ketumbar ikut suka.

Senang kan? Ini adalah masakan paling mudah, cepat tapi berkhasiat. Tak guna minyak, baik untuk kesihatan. Mesti cuba!



Resepi kedua nak share ialah Yee Mee....

Biasanya budak2 suka makan sizzling yee mee kat kedai. Kat rumah takde hot plate, so masak je dalam kuali/periuk.


Bahan2 dan cara2nya:-
1. Tumis bawang putih, merah, halia dan cili kering. (halia tu hiris lebar2 je)
2. Dah garing, masukkan isi ayam.
3. Masukkan air.
4. Masukkan kicap manis dan masin, sedikit lada sulah.
5. Masukkan sayur - ikut suka sayur apa. Kalau tak suka, tak payah letak.
6. Dah mendidih, masukkan yee mi.
7. Masukkan tepung jagung.
8. Masukkan telur sebiji2 - kalau suka telur setengah masak, tak payah tunggu keras dah boleh angkat dan hidangkan.

Mi ni kena makan panas2. Kalau dah sejuk, tak sedap...kembang tekak je!

Kalau yang takde idea nak masak apa tu, bolehlah cuba dua resepi sempoi ni...satu untuk makan tenghari, satu untuk makan malam. Selamat dah menu satu hari..... :-)

No comments:

Post a Comment