Monday, 1 October 2012

Jom buat simpanan!

Membuat simpanan bukanlah perkara mudah sebenarnya jika kita kurang berdisiplin. Walaupun kebiasaannya kita mempunyai lebihan wang tiap2 bulan, tapi jika tidak membiasakan diri membuat simpanan,  lebihan itu akan habis entah ke mana.


Jika nak buat simpanan sendiri tiap2 bulan dengan memasukkan sendiri wang ke akaun simpanan atau melabur ke ASB atau menyimpan di Tabung Haji atau melabur ke unit trust dan sebagainya memang selalu sangatlah kita akan 'terlupa'. Walaupun duit itu telah pun diperuntukkan tiap2 bulan dalam bajet kita, tapi selalunya ada sahaja alasan untuk 'terlupa'.

Jadi, sebaik2 cara untuk membuat simpanan ialah dengan cara buat potongan gaji. Melalui cara ini, kita mesti tak boleh nak skip! Tiap2 bulan gaji yang kita dapat dah siap2 dipotong. Jadi tak perlu risau nak buat simpanan lagi.

Saya percaya potongan gaji untuk simpanan (ke ASB dan Tabung Haji) bukan sahaja boleh dilakukan untuk diri sendiri sahaja tapi juga boleh dibuat untuk anak2. Tapi, saya tak pastilah sama ada semua syarikat/majikan mempunyai polisi yang sama. Kalau boleh, alangkah baiknya kalau kita dapat menyimpan untuk anak2 juga. Tak banyak....dalam RM50 pun dah cukup setiap bulan. Sekurang2nya ada jugalah bekalan dari kita untuk anak2 kita bila mereka dewasa nanti.

Selain daripada potongan gaji, kita juga boleh buat Standing Instruction (SI) kepada bank untuk salurkan duit ke mana2 akaun setiap bulan untuk simpanan. Tetapi sebenarnya dalam dunia teknologi hari ini, kita boleh setkan sendiri dalam akaun kita secara on-line tanpa perlu buat SI. Mudah sahaja!

Simpanan biasanya dikaitkan dengan waktu kecemasan. Bagi orang seperti saya yang kurang percaya kepada insurans atau takaful, menabung sebegini menjadi pilihan. Walaupun terlalu konservatif, tapi bagi saya ia lebih jelas, mudah dan selamat.

Simpanan tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Terdapat pendapat (yang memang benar) bahawa simpanan dalam bentuk wang ringgit merupakan suatu risiko kerana duit hanyalah kertas dan bila2 masa boleh turun atau hilang nilainya. Jadi, kita boleh buat simpanan alternatif iaitu dengan membeli emas atau aset seperti hartanah. Bunyinya mungkin agak besar, tapi kalau belum cuba, kita tak akan tahu. 

Simpanan wang ringgit perlu sekurang2nya untuk kegunaan jangka pendek kerana ia mudah cair berbanding dengan aset. Oleh sebab itu, ia masih menjadi pilihan ramai. Yang penting kita sama2 berdoa dan berharap kemakmuran negara dan dunia supaya nilai ringgit kita dan simpanan kita akan terjamin. InsyaAllah.  

No comments:

Post a Comment