Sebelum ini saya ada cerita pasal maklumat dan dokumen yang tidak lengkap dikemukakan oleh pelanggan semasa membuat permohonan pinjaman perumahan. Kali ini saya nak ceritakan perkara yang sama juga, tetapi bagi pinjaman komersil pula....atau dengan kata lain business loan oleh syarikat2 atau peniaga2.
Rule No. 1 adalah masih sama - iaitu maklumat / dokumen mesti lengkap DAN IMPRESSIVE. Kenapa ada tambahan impressive tu? Sebabnya ialah, mula2 sekali mesti tarik perhatian pegawai bank. Ini sangat2 penting. Tak guna jika pelanggan bawa buah tangan sebakul pun, tapi kalau dokumen tak lengkap dan tak berjaya menarik perhatian pegawai bank, permohonannya mungkin akan diperap dalam tray KIV.
Macam mana nak buatkan permohonan kita nampak impressive? Di sini saya bagi beberapa tips:-
- Pastikan dokumen2 yang dibawa disusun dengan teratur dan rapi. Kalau dokumen2nya banyak dan tebal, elok dimasukkan ke dalam satu fail dengan separator yang jelas.
- Jika pihak bank/institusi kewangan mempunyai senarai semakan (checklist), pastikan dokumen2 disusun mengikut turutan checklist tersebut.
- Sebenarnya jika ada checklist lebih mudah. Pelanggan hanya perlu mengikut apa yang disenaraikan dan pastikan semuanya ada.
- Andai kata terdapat dokumen yang belum ada, pastikan dimaklumkan kepada pegawai bank terbabit dan letakkan nota pada turutan yang sepatutnya. Tetapi, seboleh mungkin cuba elakkan perkara ini berlaku.
- Bukan sahaja lengkap, dokumen2 yang dilampirkan hendaklah jelas. Maksudnya, kalau ada yang difotostat/scan, pastikan cetakannya jelas.
- Jika terdapat ruangan yang perlukan penjelasan, pastikan anda memberi penjelasan yang lengkap dengan bahasa yang mudah dan ringkas.
- Walaupun kebanyakan bank/institusi kewangan tidak mensyaratkan permohonan dalam Bahasa Inggeris, tetapi seboleh mungkin gunakan Bahasa Inggeris dalam dokumen2 anda terutamanya bahagian2 naratif. Ini akan memudahkan kerja pegawai bank kerana mereka perlu membuat kertas kerja/pembentangan untuk kelulusan dalam Bahasa Inggeris.
- Pastikan anda meletakkan nama dan nombor telefon pegawai syarikat yang bertanggungjawab bagi urusan pinjaman tersebut dan pastikan orang tersebut sentiasa bersedia menjawab panggilan dan pertanyaan dari pegawai bank pada bila2 masa. (Sekiranya pelanggan sukar dihubungi, proses permohonan akan terjejas)
- Jangan sekali2 cuba merasuah pegawai bank. Jika pada peringkat awal lagi pelanggan telah menunjukkan tanda2 ingin merasuah pegawai bank, permohonan akan awal2 lagi ditolak kerana karakter bakal peminjam sudah boleh dikenalpasti.
- Last but not least, permohonan hendaklah realistik - maknanya apa dan berapa yang dipohon hendaklah munasabah dan berpadanan dengan syarikat/perniagaan anda. Contohnya, kalau berniaga jual air adalah tidak munasabah memohon pinjaman RM1 juta untuk beli traktor. Biarlah permohonan itu nampak logik.
Sekiranya permohonan yang dikemukakan telah lengkap dan memuaskan hati pegawai bank, biasanya proses permohonan akan berjalan dengan lancar, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment