Saya pernah bekerja di bank - front liner berjumpa dengan pelanggan2 yang nak mohon pinjaman terutamanya pinjaman perumahan. Di sini saya kongsikan sedikit pengalaman saya...
Sepanjang lebih kurang 2 tahun saya berkhidmat di cawangan bank itu, saya dapati kelemahan kebanyakan pelanggan yang datang untuk buat permohonan pinjaman ialah dokumen yang tidak lengkap. Rata2 mesti kena datang semula atau pun kena fakskan kemudian dokumen2 yang tak lengkap. Jarang betul yang datang dengan serba-serbi tip top!
Apakah dokumen yang kurang / selalu tidak disertakan oleh pelanggan?
Kebanyakan pelanggan enggan berterus-terang dan cuba selindungi sesuatu. Misalnya, tak bawa slip gaji dan salinan penyata bank / buku akaun simpanan. Terutamanya bagi yang nak buat pinjaman bersama (sama ada suami isteri atau adik beradik). Ramai yang nampak sambil lewa dalam mengemukakan dokumen - akibatnya ramai yang gagal dapat pinjaman!
Kalau pelanggan yang bernasib baik dan dilayan oleh pegawai yang bertimbang rasa, mereka akan difollow-up selalu sehinggalah maklumat yang diperlukan lengkap. Tapi, kalau yang tak bernasib baik dan mendapat pegawai yang strict kononnya, maka tak sampai 3 hari dah dapatlah jawapan - "Dukacita dimaklumkan permohonan pinjaman tuan/puan ditolak".
Pihak bank selalu dipersalahkan kerana dikatakan terlalu ketat dalam pemberian pinjaman padahal kerajaan dah peruntukkan dan janjikan macam2. Ada benar dan tidak benarnya kenyataan ini.
Benar bagi situasi pegawai bank yang strict seperti yang saya ceritakan di atas. Sebagai orang yang bertanggungjawab, seseorang pegawai bank seharusnya menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi. Outright reject kerana tidak cukup maklumat bukan cara yang betul walaupun kononnya perlu dilakukan untuk mematuhi standard atau time frame yang telah ditetapkan.
Kenyataan itu tidak benar sekiranya pihak bank telah pun berusaha sedaya upaya untuk membantu pelanggan, tetapi pelanggan yang bersikap sambil lewa dan tidak mahu berkerjasama mengemukakan maklumat yang lengkap dan benar. Ramai yang sebenarnya ingin buat tipu helah untuk dapatkan pinjaman dan tidak jujur. Jadi, bukanlah salah bank jika permohonan ditolak!
Macam2 lagi kerenah pelanggan yang terpaksa dilayan sebagai seorang Pegawai Bank. Customer is always right....nak tak nak kena layan juga. Lain kali saya sambung cerita lagi...
No comments:
Post a Comment