Inilah satu-satunya puding yang saya makan.....puding jagung! Puding2 lain, bawaklah sesedap mana pun, minta maaflah ye, tekak ni susah nak terima... Dan puding jagung yang saya makan ini, hanyalah yang saya buat sendiri atau yang menggunakan resepi yang akan saya ceritakan nanti...
Pernah tengok tepung ni?
Haahhh...walaupun namanya nampak pelik, tapi halal ye!
So, saya cuma gunakan tepung ini untuk buat puding jagung yang sedap tu. Sangat mudah. Resepinya pun dah siap tulis kat pembalutnya...
Ikut je arahan yang tertulis seperti kat pembalut tu, 100% gerenti jadi. Tak payah nak memandai2 nak tokok tambah benda2 lain. Cuma kalau tak suka manis, boleh kurangkan sikit gula tu. Dan kalau suka banyak jagung, letak lebih dari 1 tin jagung.
Sangat mudah buat puding jagung guna tepung ni. Tak payah nak pakai tepung2 kastard bagai... Tak risau puding jadi lembik atau keras kalau betul2 ikut sukatan yang diberi.
Bila dah bancuh dan dah masak, curah dalam loyang / mangkuk. Rupanya seperti di atas. Simpan dalam peti sejuk untuk lebih enak! Bila dah sejuk, boleh potong dan NGAP! Walllaaa!
No comments:
Post a Comment