Hari ini saya terbaca di akhbar berkenaan usaha2 untuk menarik wanita kembali ke pasaran kerja. Berikut ialah petikannya:-
Najib: Usaha proaktif galak wanita kembali ke pasaran kerja
2 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - Pelbagai usaha akan terus dilaksana untuk membolehkan
lebih ramai golongan wanita kembali ke pasaran kerja di negara ini, kata
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata walaupun lebih 60 peratus penuntut universiti di negara
ini adalah wanita, jumlah itu tidak dicerminkan dalam pasaran kerja dan
itu merupakan satu kerugian kepada negara.
Perdana menteri berkata hanya 46 peratus tenaga kerja dalam pasaran
pada masa kini adalah wanita kerana kebanyakan mereka memilih untuk
memberi fokus kepada pengurusan rumah tangga.
"Rugi wanita kita belanja besar hantar belajar tinggi-tinggi di
universiti tetapi lepas itu berhenti kerja," katanya pada majlis
sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2012 yang bertemakan 'Wanita Pencetus
Ekonomi Baru' di sini, hari ini.
Hmmm...sambil tersenyum sendiri, saya teringatkan mak saya. Fikiran dan pandangan mak sebiji sama macam PM kita. Mak cakap ruginya berhenti kerja dah penat2 belajar tinggi2. Saya tahu mak tak setuju sangat bila saya buat keputusan tak mahu bekerja lagi. Saya cakap, belajar untuk ilmu pengetahuan, bukan untuk wang ringgit. Mak diam je.. Tapi setelah tiga tahun, mak dah malas nak cakap lagi...agak2nya mak dah ok ke? Hi..hi..hi...
Memanglah kalau difikir2, siapa yang nak bagi RM6K sebulan. Walaupun mungkin tak lah banyak mana bagi sesetengah orang, tapi bagi saya, banyaklah jugak tu. Tapi, bila dikira2kan lagi dengan masa, tenaga, kepuasan dan kebahagiaan, duit ringgit tak dapat nak menandinginya. Maka, saya nekad berundur dari pasaran kerja.
Sampai hari ini ramai kawan2 yang masih tak percaya yang saya masih tak bekerja. Ramai yang fikir saya tak nak beritahu perkara sebenar dan sorok-sorokkan pekerjaan sekarang. Ada juga yang fikir saya dah ada perniagaan yang hebat. Ramai yang kurang percaya bila saya kata saya hanya duduk di rumah menguruskan rumah tangga. Saya tak tahu kenapa orang tak boleh terima yang saya dah tak bekerja dan tak mahu lagi masuk ke pasaran kerja.
Berbalik kepada keratan akhbar di atas, suka juga saya nak tahu apakah agaknya usaha proaktif kerajaan tu? Suatu ketika dulu heboh diperkatakan tentang wanita bekerja dari rumah, tapi lepas tu senyap je. Mungkinkah tak berjaya? Apa lagi insentif yang kerajaan nak bagi agaknya kalau wanita kembali ke pasaran kerja? Menarik juga...
Walau apa pun, buat masa ini, saya belum terfikir lagi untuk kembali bekerja. Biarlah saya berkongsi ilmu sikit2 melalui blog ini. Rasanya itu pun ok kot? Tak adalah membazir kan... Tapi esok lusa tak tahu lah pula! Just wait and see!
No comments:
Post a Comment