Assalamualaikum,
2020 bakal menjadi tahun yang sangat diingati dalam sejarah terutamanya bagi kita yang hidup dalam situasi ini. Pandemik Covid 19 sudah menjadi satu perkataan yang tidak perlu di perkenalkan lagi malah digeruni oleh setiap lapisan masyarakat tidak kira bangsa, kaum, agama, pangkat, taraf hidup, tua, muda, kaya dan miskin. Dek kerana pandemik ini, generasi yang majoritinya hidup selepas merdeka dan tidak pernah merasa kehidupan semasa perang, darurat mahupun bencana besar, kini ditampar hebat. Serata dunia menyaksikan kematian yang tidak terperi saban hari dan wabak ini mengganas dengan amat pantas. Sehingga saat saya menulis ini, kita semua khasnya di Malaysia masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak lebih sebulan yang lalu.
Saya tidak berupaya untuk menulis mengenai kisah sedih yang merundung seluruh dunia ini dan hanya berdoa semoga wabak ini berlalu pergi dan kita semua sentiasa dalam lindungan yang Maha Kuasa.
Sekadar untuk merakamkan sedikit penghargaan ke atas Barisan Hadapan yang telah bertungkus lumus menangani wabak ini, di sini saya kongsikan kad ucapan terima kasih hasil kerja anak bongsu saya yang berumur 10 tahun. Ini juga adalah atas hasil inisiatif guru kelas beliau yang juga guru subjek Bahasa Inggeris.
No comments:
Post a Comment