Thursday, 10 October 2019

Buku Skrap, Folio dan Pendidikan Seni


Assalamualaikum...

Sejak anak-anak mula bersekolah, dari anak sulung hinggalah yang bongsu, saya adalah rujukan utama mereka sekiranya diberi tugasan untuk membuat buku skrap, folio, lukisan dan lain-lain seni kraftangan. Walaupun tidaklah kreatif sangat, tetapi biasanya hasil bimbingan saya membolehkan mereka mendapat markah yang baik. Malah, jika memasuki pertandingan, kebiasaannya mesti membuahkan hasil. :)

Biasanya, untuk mendapatkan idea, saya akan cari di internet. Dari situ, saya gabungkan dengan ilham sendiri dan diubahsuai dengan keupayaan anak-anak. Menjadi amalan di sekolah anak-anak saya, buku skrap hendaklah ditulis dengan tangan dan tidak boleh ditaip menggunakan komputer. Jadi, di situlah terserlahnya 'keindahan' tulisan masing-masing.. :)

Jadi, melalui blog ini, pada artikel-artikel seterusnya, saya ingin berkongsi hasil air tangan anak-anak saya agar boleh dimanfaatkan oleh ibu-ibu atau sesiapa sahaja yang suka mencari idea di internet seperti saya. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada yang berminat. Terima kasih!




No comments:

Post a Comment