Tuesday, 20 August 2013

Rawatan penyakit kencing manis

Baru-baru ini saya terbaca tentang rawatan penyakit kencing manis. Kata orang yang berkongsikan rawatan itu, walaupun dalam perubatan moden tiada penawar bagi penyakit kencing manis, cuma kita boleh mengawalnya sahaja, tetapi dari segi perubatan Islam, setiap penyakit itu ada penawarnya, kecuali mati. Maka penyakit kencing manis tidak terkecuali.

Saya bersetuju dengan pendapat saudara tersebut. Penawar itu ada, tetapi sama ada badan kita serasi dengan penawar tertentu, bergantunglah pada izinNya. Kita perlu berusaha dan mencuba.


Untuk merawat kencing manis, perlu dirawat pankerias kerana kerosakannya menyebabkan tidak dapat merembeskan insulin secara normal. 

Cara-caranya:-

1 biji buah tomato yang cukup masak (merah)
1 sudu teh yis (mauripan) 
1 cawan air

- Potong tomato dan kisarkan (blend) dengan yis dan air.
- Sebaik sahaja dikisar, terus minum bagi mengelakkan gelembung yis memenuhi cawan dan sukar untuk diminum.
- Buat 3 hari bertuturt-turut dan dosnya boleh dikurangkan.

(sekadar gambar hiasan - bagi yang tak kenal rupa yis. 
Tomato perlu guna yang masak - berwarna merah)

No comments:

Post a Comment