Tuesday 8 December 2020

Ramainya pelakon Korea yang seiras.....

Assalamualaikum....안녕하세요 Annyeonghaseyo......


Tidak lama dahulu, saya pernah bersembang berkenaan drama Korea (kalau suka boleh rujuk artikel ini). Saya memang peminat drama Korea dan rasanya dah beratus drama saya tonton... heh..heh...

Cuma apa yang saya nak kongsikan di sini ialah saya sering keliru dengan pelakon-pelakon mereka yang pada pandangan saya, ramai yang mempunyai wajah seiras. Bila dah banyak tengok drama, maka ramailah juga pelakon yang sudah saya kenal. Tapi, sekadar kenal rupa sahajalah.... bahkan nama pun tak kuasa saya nak ingat! :) 

Kadang-kadang bertelingkah dengan anak-anak sebab pelakon yang saya maksudkan rupa-rupanya orang lain pula... 

Sekadar suka-suka, saya senaraikan di sini pelakon-pelakon yang pada pandangan saya mempunyai wajah yang seiras dan selalu juga mengelirukan saya....


1) Yeo Jin Goo vs Kim Min Jae
 

Dua orang pelakon ini ialah yang paling mengelirukan bagi saya. Sehingga kini, saya masih tak dapat bezakan mereka berdua. Drama yang pernah dibintangi oleh YJG ialah Hotel De Luna, Reunited World dan Warrior Baek Dong Soo manakala drama terkini KMJ ialah Do You Like Brahms?, Hit the Top dan Dr Kim. Samakan rupa mereka? Suara mereka pun serupa!


2. Kim Ha Neul vs Ha Ji Woon


Dua pelakon ini memang sangat seiras. Tetapi saya perasan HJW lebih banyak berlakon dalam drama yang mempunyai banyak aksi contohnya seperti Empress Ki dan Secret Garden. Manakala KHN pula banyak melakonkan watak yang lebih feminin misalnya dalam drama Road No. 1 dan A Gentlemen's Dignity.


3. Lee Sun Bin vs Song Hye Kyo

  

Saya mula kenal SHK daripada drama Autumn in My Heart. Tapi, sejak banyak tonton drama Korea, saya perasan ada pelakon yang miripnya iaitu LSB. Antara drama lakonan LSB ialah Criminal Minds. Namun begitu, saya boleh bezakan antara mereka berdua.   


4. IU vs Kim Go Eun vs Park So Dam




Mula-mula dulu saya tak dapat bezakan antara IU dan KGE terutamanya bila mereka menggayakan stail rambut yang sama. Antara drama lakonan IU ialah My Mister manakala KGE popular menerusi Goblin dan The King Eternal Mornach. Tiba-tiba muncul pula PSD... yang popular menerusi Parasite. Kemudian saya tonton PSD dalam drama Beautiful Minds pula. Saya rasa mereka bertiga ini ada persamaan... mungkin pada bentuk mata yang sepet.


5. Jung So Min vs Bae Suzie


Dulu, saya ingat kedua-dua pelakon ini orang yang sama. Cuma baru-baru ini baru saya tahu rupa-rupanya mereka adalah orang yang berbeza... hahaaahahhaa. Cerita terbaru JSM di tv yang saya sedang tonton ialah Hundred Million Stars from the Sky manakala BS saya pernah tonton dalam drama While You Were Sleeping.


6. Lee Ji Hoon vs Park Seo Joon


Suatu ketika dulu, saya pernah tersalah anggap tentang dua pelakon ini. Namun, anak saya sangat marah sebab katanya PSJ adalah pelakon Korea paling kacak... mana boleh seiras dengan pelakon lain!. Sejak itu, saya dah boleh cam mereka berdua ini.. PSJ biasanya jadi pelakon utama, antaranya dalam Itaewon Class, She was Pretty dan banyak lagi. Manakala LJH banyak berlakon sebagai watak pembantu sahaja, misalnya dalam Woman of 9.9 Billion dan Legend of The Blue Sea. 


7. Yang Se Jong vs Kang Min Hyuk




Pelakon-pelakon ini mempunyai wajah seiras, tetapi suara mereka berbeza. Jadi, saya boleh bezakan melalui suara mereka. Antara drama lakonan YSJ ialah Thirty but Seventeen, Temperature of Love dan Saimdang manakala KMH dalam Hospital Ship. KMH merupakan anggota kumpulan K-Pop CN Blue.


8. Jeon Gook Hwan vs Lee Soon Jae



Pelakon veteran ini juga selalu mengelirukan saya. Memang selalu sahaja saya silap orang. JGH pernah berlakon dalam drama Crash Landing on You dan Empress Ki manakala LSJ dalam drama Money Flower dan Ugly Alert. Dalam drama The King 2 Hearts, kedua-dua pelakon ini ada. Jadi, barulah saya tahu rupanya mereka ini orang yang berbeza. 


9. Jung In Sung vs Lee Si Young


JIS popular dalam drama My Secret Terrius dan Psycopath Diary manakala LSY saya pernah tonton dalam drama Liver or Die. Berbanding dengan LSY, saya lebih banyak menonton drama yang dibintangi oleh JIS. LSY pernah menjadi tetamu dalam Running Man. Tetapi sekiranya kedua-dua menggayakan stail rambut yang sama, saya memang tak dapat membezakan mereka.


10. So Ji Sub vs Jang Ki Young


Kedua-dua pelakon ini tidak berapa seiras sebenarnya.... tetapi kalau orang yang jarang menonton drama Korea, mungkin juga boleh keliru. SJS pernah menjadi hero drama My Secret Terrius dan Oh My Venus manakala JKY membawa watak utama dalam drama Born Again dan Come and Hug Me.



11.  Song Seung Heon vs Lee Joon Hyuk


SSH mula saya kenali dalam drama Autumn in My Heart. Kemudian, banyak lagi drama yang dibintanginya termasuklah Black dan The Player. LJH pula saya baru perasan dalam drama 365 : Repeat the Year apabila dia menjadi pelakon utama. Tetapi rupa-rupanya beliau ada dalam drama Strangers dan Are You Human sebagai watak pembantu. Rupa mereka memang seiras tapi masih ada perbezaan yang boleh dikenalpasti.


12.  Go A Ra vs Kim So Hyun


Kedua-dua pelakon ini banyak betul dalam drama. GAR pernah membintangi Black, Hwarang dan Haechi. Manakala KSH pernah berlakon dalam Radio Romance. Berbanding dengan GAR, entah kenapa saya kurang minat menonton lakonan KSH.



13.  Kim Sun Hoo vs Jung Il Woo



Pelakon-pelakon ini ada sedikit iras sahaja. KSH berlakon dalam drama 100 days My Prince dan Good Manager manakala JIW dalam drama Haechi.


14. Joo Won vs Lee Joon Ho vs Park Hyung Sik vs Kim Young Kwang

 


Ketiga-tiga pelakon ini pun ada sedikit iras. JW ialah pelakon utama drama Yong Pal, Alice dan My Sassy Girl manakala antara drama lakonan LJH ialah Good Manager dan Wok of Love. PHS pula saya hanya pernah tonton dalam drama Hwarang. Manakala KYK popular dengan drama The Secret Life of My Secretary dan Sweet Stranger and Me. Tak tau lah kenapa saya rasa mereka ini ada persamaan.


15. Park Shin Hye vs Ryu Hwa Young


Kedua-dua pelakon ini memang seiras terutamanya kerana kedua-duanya berambut panjang stail sama. Tetapi PSH lebih popular dan antara dramanya yang popular ialah The Inheritor. Manakala RHY pula saya pernah tonton dalam drama Mad Dog. 


16. Kim Hyeong Gyoo vs Kim Kyung Nam


Kedua-dua pelakon ini ada rupa yang seiras, tetapi gaya lakonan sangat berbeza. KHG pernah berlakon dalam drama Good Manager dan Beautiful Minds manakala KKM dalam drama The King Eternal Mornach. 


17.  Jo Woo Jin vs Ahn Nae Sang vs Kim Byung Chul




Semasa menulis artikel ini baru saya tahu mereka ini adalah tiga orang yang berbeza! JWJ saya pernah tonton dalam drama Goblin. Manakala ANS pula dalam The Rebel dan Lawless Lawyer. KBC juga pelakon dalam Goblin dan Doctor Prisoner. Saya rasa ketiga-tiga pelakon ini ada dalam banyak drama tetapi saya tak pasti selama ini saya anggap mereka orang yang betul atau tidak....hihihihi...


18.  Ko Kyu Pil vs Jo Hyun Sik


Kedua-dua pelakon ini memang agak mengelirukan. Mungkin sebab kedua-duanya mempunyai bentuk muka yang bulat dan bentuk mata yang sama. KKP saya pernah tonton dalam drama Kairos dan Partners for Justice manakala JHS dalam drama Good Manager dan 100 Days My Prince.


19. Jo Hee Bong vs Kim Won Hae


Kedua-dua pelakon ini selalu membawa watak sebagai detektif. Tetapi, banyak juga watak-watak lain. JHB pernah berlakon dalam drama Switch: Change The World dan A Girl Who Sees Smells. Manakala KWH pernah berlakon dalam Criminal Minds dan Black.


20. Jung Man Shik vs Jung Woon In


Kedua-dua pelakon ini sering membawa watak jahat dan dibenci orang. Tetapi, ada juga drama yang mereka membawa watak baik. Antara drama JMS ialah The King 2 Hearts manakala JWI dalam Woman of 9.9 Billion.


21.  Uhm Ki Joon vs Yoo Jae Myung vs Yoo Jun Sang


 


Berbanding dengan kedua-dua pelakon UKJ dan YJM yang sering membawa watak jahat, YJS pula biasanya membawa watak baik. Drama terkini UKJ ialah Penthouse manakala drama lakonan YJM yang paling terbaru saya tonton ialah Itaewon Class. Drama terbaru YJS pula ialah Alchemy of Souls. Ketiga-tiga pelakon ini ada rupa yang seiras terutamanya jika masing-masing memakai cermin mata.


22.  Oh Yeon Seo vs Kim Tae Hee


Kedua-dua pelakon cantik ini pada pandangan saya mempunyai bentuk mata yang sama. Namun begitu, gaya lakonan mereka berbeza. OYS ialah pelakon drama Sassy Girl dan Please Come Back Mister. Manakala KTH berlakon dalam drama Jang Ok Jung dan Yong Pal.


23. Im Se Mi vs Hwang Jung Em


Kalau pertama kali tonton drama lakonan kedua-dua pelakon ini, mungkin juga kita akan terkeliru kerana menyangkakan mereka adalah orang yang sama. Namun jika dah banyak kali tonton, kita dah boleh bezakan yang mana satu. Drama lakonan ISM yang saya pernah tonton ialah True Beauty dan About Time manakala drama lakonan HJE ialah She Was Pretty dan Golden Time. 


24. Seo Ye Ji vs Soo Ae

  

Pada pandangan saya, kedua-dua pelakon ini bukan sahaja ada rupa yang seiras, tetapi juga suara. Kedua-duanya mempunyai suara yang agak kasar dan kedua-duanya mempunyai pandangan mata yang tajam - sesuai untuk melakonkan watak jahat. Namun begitu, umur mereka berbeza lebih kurang 10 tahun. Jadi, bolehlah dikatakan seorang versi muda, seorang lagi versi senior... :)  Antara drama lakonan SYJ ialah Lawless Lawyer dan Hwarang manakala drama yang dibintangi oleh SA ialah Queen of Ambition and Sweet Stranger and Me.


25.   Hwang Woo-seul-hye vs Park Ha Sun

Berbanding dengan HWSH yang saya pernah tonton lakonannya hanya dalam drama Love with Flaws, PHS lebih banyak drama lakonannya yang saya tonton. Antaranya The Veil, Two Weeks, Temptation dan banyak lagi.  Kedua-dua pelakon ini pada saya bukan sahaja ada wajah yang sedikit iras tetapi suara dan gaya percakapan juga agak serupa.


26.  Kim Joo Hun vs Choi Won Young vs Kim Do Hyun

Ketiga-tiga pelakon ini kalau tak biasa tengok memang kita akan ingat orang yang sama. KJH saya pernah tonton dalam drama Encounter dan Big Mouth. Lakonan CWY lebih banyak saya tonton, antaranya Golden Spoon, Alice, Hwarang dan banyak lagi. Manakala drama terbaru KJH ialah Reborn Rich. Saya rasa CWY adalah yang paling senior kerana lebih kerap saya tonton lakonannya dan aksinya apabila membawakan watak jahat memang menjengkelkan.    


27.  Nam Goong Min vs Ji Sung


Pada saya, kedua-dua pelakon ini tidak seiras. Tetapi, suami saya selalu cakap mereka ini orang yang sama. Jadi, saya kongsikan jugalah di sini.... manalah tahu ada juga yang sependapat dengan suami saya... hihihi.. NGM ialah seorang pelakon yang serba boleh... watak jahat pun ok, watak baik pun ok. Banyak drama lakonannya yang telah saya tonton antaranya ialah Good Manager, Beautiful Gong Shim, A Girl Who Sees Smells, Stove League dan Doctor Prisoner. Berbanding dengan NGM, JS pula selalu melakonkan watak yang baik. Misalnya dalam drama Innocent Defendant, Doctor John dan Familiar Wife.


Sebenarnya ada ramai lagi pelakon Korea yang saya rasa mempunyai wajah seiras. Mungkinkah kerana ramai antara mereka yang menjalani pembedahan plastik? Wallahua'lam. Tapi, suka saya nak katakan di sini, ini cumalah pendapat peribadi saya sahaja. Kalau ada yang tak setuju, tak mengapalah. Jangan marah pula! Lain orang, lain pandangannya kan.... ? Ini sekadar suka-suka. 

Saya bukanlah peminat fanatik.... sekadar suka menonton drama untuk mengisi masa lapang. Perihal peribadi pelakon memang saya tak ambil tahu pun.. nama-nama yang saya senaraikan di atas pun terpaksa google... :). Kalau yang jarang-jarang tengok, mungkin mereka pun tak perasan persamaan-persamaan pelakon-pelakon di atas. Bagi peminat fanatik pula, mereka memang arif tentang pelakon pujaan mereka, jadi tak mungkin mereka akan setuju dengan saya. Apa-apa pun, dalam senarai di atas, cuma yang nombor 1 sahaja yang saya masih tak dapat bezakan yang mana satu..... yang lain-lain tu, setelah banyak menonton, saya dah tahu mereka yang mana satu... heh..heh... heh... 

Oklah, sekian sahaja, bye bye... 





Nota : Ada pembaca yang beritahu ada lagi pelakon yang seiras... jadi saya akan kemaskini senarai di atas dari semasa ke semasa. Kalau ada lagi yang pembaca nak tambah, silakanlah..... :)


Penafian :  Gambar-gambar di atas semuanya adalah hasil carian dari Google dan sekadar untuk rujukan. 


1 comment: