Monday, 20 May 2019

"Jelata"


Pernah dengar tak makanan namanya jelata?? Hi.hi..hi... bukan rakyat jelata tau!

Sebenarnya saya pun tak pasti betul ke namanya ni... tapi dalam keluarga saya kalau sebut jelata, ianya bukan benda yang asing. Cuba tengok gambar di bawah..



Saya rasa orang biasa panggil acar, kan?.. :)

Tak kisahlah apa pun namanya, tapi mungkin ada yang nak tahu resepi makanan sampingan yang ringkas ini. Jadi, di sini saya kongsikan...


Bahan-bahannya ialah nenas, timun, lobak merah (carrot), bawang besar, cili merah dan cili hijau. Ada orang tak letak carrot, tapi saya tak suka timun, jadi saya tambah carrot. Rupanya juga jadi lebih cantik bila tambah carrot sebab lebih berwarna-warni.

Semua bahan di atas dihiris / dipotong ikutlah saiz dan bentuk macam mana yang anda suka.

Di mangkuk yang lain, kacau gula dan cuka - tak perlu banyak sangat sebab bila dah gaul dengan bahan-bahan di atas, ia akan mengeluarkan air.

Gaulkan kesemua bahan tadi dan taburkan sedikit kacang tanah yang telah dikisar. Tapi, kalau yang tak suka kacang boleh abaikan sahaja.

Lebih sedap kalau disimpan di dalam peti sejuk. Sesuai dimakan dengan nasi minyak, nasi beriyani, nasi tomato dan apa-apa sahajalah ye..!



No comments:

Post a Comment