Diorama dalam bahasa mudah ialah satu model tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi sebenar.
Berikut ialah diorama yang dibina untuk subjek Pendidikan Seni Visual Tahun 4. Temanya ialah 'Taman Bunga / Taman Permainan Kanak-Kanak'.
Bahan utama : kotak kasut
Lain-lain bahan : kertas warna, kertas/kain felt, kad keras, batang aiskrim, butang, benang, gam, straw, alat permainan, kapas, pencungkil gigi, polisterin