Sebelum ini saya tak pernah hantar anak-anak ke tadika Kemas. Mungkin sebab masa tu di kawasan rumah saya ada banyak pilihan tadika swasta. Jadi, tak terfikir pula nak hantar ke tadika Kemas yang terletak agak jauh sedikit dari rumah.
Di tambah pula dengan persepsi akibat dengar cakap-cakap orang tentang tadika Kemas ini. Ramai yang kata tadika Kemas tak bagus sebab asyik makan, minum, nyanyi dan main sahaja. Belajar tak berapa sangat pun...
Bila tiba giliran anak saya yang keempat, saya 'terpaksa' hantarnya ke tadika Kemas. Perkataan 'terpaksa' saya gunakan sebab tiada pilihan lain untuk menghantar anak belajar di tadika. Yang ada semuanya jauh-jauh belaka.
Mulanya memang susah nak menghilangkan persepsi buruk terhadap tadika Kemas ini. Malah saya dan suami kadang-kadang rasa bersalah terhadap anak keempat ini kerana terpaksa menyekolahkannya di tadika Kemas. Sampai begitu teruk sekali tanggapan kami.