Thursday, 28 February 2019

Sakit belakang peha ~ Intermittent Claudication?


Berdasarkan pengamatan saya, agak sukar untuk mencari maklumat berkaitan kesihatan dari blog-blog / laman web berbahasa Melayu. Sekiranya keyword yang ditaip berbahasa Melayu, kebiasaannya kita akan ditunjukkan kepada blog-blog / laman web berbahasa Indonesia. Masalahnya ialah kadang-kadang banyak perkataan dalam Bahasa Indonesia yang saya tidak faham.

Persoalannya di sini, adakah orang Melayu tidak berminat menulis dalam bab kesihatan / sains?? Atau, adakah ramai doktor Melayu atau ahli-ahli dalam bidang sains, perubatan dan berkaitan hanya menulis dalam Bahasa Inggeris?

Sebagai blogger picisan, saya juga tidak terkecuali. Tetapi, saya memang lah bukan ahli yang selayaknya untuk menulis dalam bab ini. Namun, kali ini saya suka nak berkongsi satu pengalaman sendiri. Apa yang saya tulis di sini, hanyalah berdasarkan pengalaman peribadi dan jika ada fakta yang tidak tepat, harap boleh diperbetulkan.

Pernah suatu ketika saya mengalami rasa sakit di belakang peha. Rasa sakitnya seperti isi ditarik atau dikoyak. Ianya berlaku semasa berjalan atau berdiri lama. Tetapi, apabila duduk, sakit itu akan hilang. Dan ianya akan berulang kembali apabila berjalan. Semasa membongkok, badan juga tidak boleh tunduk hingga 90 darjah kerana bahagian belakang peha rasa sakit dan tegang.

Pernahkah anda mengalami masalah yang serupa seperti saya?