Wednesday, 26 August 2015

Mi Goreng Mamak Basikal

Masa kecil-kecil dulu, suka sangat makan mi goreng mamak yang naik basikal lalu depan rumah. Kalau boleh asal mamak tu lalu je mesti nak panggil. Bukan sahaja sebab nak makan, tapi part yang paling best ialah tengok cara mamak goreng mi tu...

Nampak senang dan simple je cara mamak goreng mi.. kuali pun tak payah basuh... mungkin itu yang menambah keenakan mi nya...hi..hi...

Sudah lebih kurang 30 tahun rasanya pengalaman itu berlalu. Mamak pun mungkin dah tiada lagi. Tapi rasa mi goreng mamak basikal tiada tandingannya. Walaupun berlambak kedai mamak yang ada sekarang, susah nak dapat yang betul-betul sedap. Banyak yang dah dimodenkan dan tak berapa ori.

Jadi, untuk mengimbas kenangan lalu, saya pun nak cuba buat sendiri mi goreng mamak basikal. Di sini saya kongsikan resepinya. Memang takkan sama dengan mi goreng mamak ori.... sebab saya bukan mamak!! hehh..heh...

Mula-mula kita kena sediakan pes nya dulu. Sebab inilah rahsia mi goreng mamak, sebab bahan-bahan lainnya biasa-biasa je. Pes inilah yang menentukan mi menjadi atau tidak. Di bawah ini ialah resepi ciptaan saya sendiri mengikut tekak sendiri je.... tak ada pun mamak yang mengajar. Dah google-google pun tak dapat yang boleh dipercayai...hah..hah..

Friday, 16 January 2015

K-Pop & Dasar Pandang Ke Timur

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Bertemu lagi kali ini dengan isu semasa yang sedang hangat dibualkan... ;-)

Saya kurang berminat menonton video-video yang diviralkan dan kebiasaannya saya tidak mengklik kepada pautan-pautan yang disarankan. Saya percaya sudah menjadi trend sekarang ini perkara yang kecil diperbesar-besarkan, benda yang kadangnya bukannya isu besar tetapi dibincangkan menjadi isu negara dan mengakibatkan jutaan manusia menjadi keyboard warrior yang kebanyakannya suka mengutuk dari mengkritik yang membina.

Saya bukan tergolong dari kalangan keyboard warrior. Bagi anda yang mengenali saya, wall fb sentiasa sepi, tweet pun jarang sekali apatah lagi instagram dan yang seumpama dengannya. Namun diam tidak bererti tidak mengambil tahu ye! Hi..hi..

Okaylah...kita ke tajuk utama hari ini ~ K-Pop!