Assalamualaikum....안녕하세요 Annyeonghaseyo......
Tidak lama dahulu, saya pernah bersembang berkenaan drama Korea (kalau suka boleh rujuk artikel ini). Saya memang peminat drama Korea dan rasanya dah beratus drama saya tonton... heh..heh...
Cuma apa yang saya nak kongsikan di sini ialah saya sering keliru dengan pelakon-pelakon mereka yang pada pandangan saya, ramai yang mempunyai wajah seiras. Bila dah banyak tengok drama, maka ramailah juga pelakon yang sudah saya kenal. Tapi, sekadar kenal rupa sahajalah.... bahkan nama pun tak kuasa saya nak ingat! :)
Kadang-kadang bertelingkah dengan anak-anak sebab pelakon yang saya maksudkan rupa-rupanya orang lain pula...
Sekadar suka-suka, saya senaraikan di sini pelakon-pelakon yang pada pandangan saya mempunyai wajah yang seiras dan selalu juga mengelirukan saya....
1) Yeo Jin Goo vs Kim Min Jae
Dua orang pelakon ini ialah yang paling mengelirukan bagi saya. Sehingga kini, saya masih tak dapat bezakan mereka berdua. Drama yang pernah dibintangi oleh YJG ialah Hotel De Luna, Reunited World dan Warrior Baek Dong Soo manakala drama terkini KMJ ialah Do You Like Brahms?, Hit the Top dan Dr Kim. Samakan rupa mereka? Suara mereka pun serupa!