Friday 12 November 2021

Pelakon Korea yang seiras selebriti Malaysia

Assalamualaikum....안녕하세요 Annyeonghaseyo......


Sebelum ini saya pernah kongsikan pendapat saya mengenai pelakon Korea yang berupa seiras. (boleh rujuk artikel ini

Kali ini saya nak kongsikan pula pelakon Korea yang pada pandangan saya ada persamaan dengan selebriti Malaysia, sama ada pelakon atau penyanyi. Ada yang seiras rupa dan ada juga yang seiras gaya lakonan atau memek muka. Mari kita lihat siapakah mereka......


1. Park Yeong Gyu vs Jalaluddin Hassan


Kedua-dua pelakon veteran ini ada persamaan dalam gaya lakonan. Kedua-duanya sering melakonkan watak bapa dan ahli perniagaan yang berjaya. 


2. Eman Manan vs Hwang Jun Min 


Dari segi rupa, mungkin tiada persamaan. Tetapi, kedua-dua pelakon hebat ini sering melakonkan aksi yang lasak. HJM ialah pelakon filem Korea yang sering saya tonton dalam saluran TvN Movies. Antaranya Ode to My Father dan A Violent Prosecutor. Eman Manan tak payah ceritalah... banyak sangat.


3.  Lee Tae Ri vs Aziz Jaafar



Saya rasa kalau peminat LTR baca artikel ini, mungkin mereka akan mengamuk sakan..... hihihi....  Sebenarnya susah saya nak cari gambar yang sepadan kerana Allahyarham Seniman Aziz Jaafar pelakon zaman dulu-dulu.... Tetapi, saya tak tau kenapa setiap kali saya menonton LTR, saya mesti teringatkan SAJ semasa muda. Saya rasa raut muka mereka ada persamaan terutamanya apabila tersenyum. 


4.  Kwong Sang Woo vs Anuar Zain


Saya rasa mereka berdua ini ada senyuman yang sama. Itu sahaja...


5.  Vanidah Imran vs Cho Yeo Jeong


Saya perasan riak wajah CYJ ada mirip Vanida Imran dalam drama Woman of 9.9 Billion. Mungkin kalau mereka bercakap dalam bahasa yang sama, nampak lebih ketara kot...heh..heh...


6.  Daeng Idris vs Lee Byung Joon


Allahyarham Daeng Idris merupakan bintang filem Melayu yang terkenal pada tahun 1950an - 1960an. Kalau siapa biasa tonton filem Melayu lama seperti Hang Tuah, Semerah Padi dan Sumpah Orang Minyak mesti akan perasan pelakon yang hebat ini. LBJ pula antara pelakon senior Korea yang banyak saya tonton dalam drama Korea. Antaranya Backstreet Rookie, Hwarang, Hi Bye Mama dan banyak lagi. Saya rasa kedua-dua pelakon ini ada rupa yang seiras tetapi memandangkan Daeng Idris merupakan pelakon lama, saya tak dapat nak cari gambar yang paling seiras dengan LBJ.


7. Noor Kumalasari vs Kim So Yeon


Saya pertama kali menonton lakonan KSY dalam drama Penthouse. Dalam drama itu, KSY membawa watak seorang perempuan jahat. Apabila melihat lakonannya yang sering membeliakkan matanya apabila marah, saya teringatkan lakonan Seniwati Noor Kumalasari dalam filem-filem Esok Masih Ada, Tiada Esok Bagimu, Menanti Hari Esok dan banyak lagi. Dengan rambutnya yang panjang mengurai dan mata yang terbeliak, seram juga dibuatnya..hihi.hi.....


8.  Fatimah Abu Bakar vs Kang Moon Young


Pada pandangan saya, kedua-dua pelakon ini tidaklah ada wajah yang seiras... cuma gaya lakonan ada sedikit persamaan. Tak tahulah bagaimana nak cakap, tapi bila saya tengok lakonan KMY dalam drama Listen to My Heart, secara automatiknya saya teringatkan lakonan Fatimah Abu Bakar dalam filem Maria pada tahun 1984.


9. Hasnul Rahmat vs Park Sung Geun

  

Kedua-dua pelakon ini pada saya ada rupa paras yang agak sama. Gaya lakonan pun kadang-kadang agak serupa. Anda boleh google dan tengok lakonan mereka, saya pasti anda akan setuju dengan pandangan saya... heheheehh...


10. Elly Mazlein vs Jo Yoon Hee


Penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein atau dikenali juga sebagai Kak Lina Pom Pom memang tidak asing lagi bagi peminat seni hiburan tanah air. JYH kali pertama saya tonton lakonannya dalam drama The Scandal. Pertama kali pandang wajah JYH saya terus teringatkan Kak Lina Pom Pom. Kalau tak percaya, anda cuba tonton drama ini!


11. Angeline Tan vs Park Ji Hyun 


Angeline Tan mula saya kenali dalam drama Pi Mai Pi Mai Tang Tu membawakan watak Lucy. Pelakon ini boleh dikatakan sudah veteran dan banyak lakonannya dalam drama Melayu tidak asing lagi. Lakonan PJH saya mula tonton dalam drama Reborn Rich. Sebenarnya dia sudah membintangi banyak drama Korea yang saya pernah tonton tapi saya yang tak perasan. Cuma apabila menonton Reborn Rich saya nampak persamaannya dengan Angeline Tan.


12. Rozie Othman vs Kim Hye Sun
 

Kalau tengok gambar di atas, memang tak nampak sama. Tapi kalau anda menonton drama Red Balloon, KHS yang membawa watak sebagai kakak hero, memang saling tak tumpah rupanya seperti pelakon Malaysia - Rozie Othman. Tak percaya? Pergi tengok sekarang.. :)


Sebenarnya, pada pandangan mata saya, rupa pelakon Korea ramai yang seiras orang Malaysia. Maklumlah.. kitakan orang Asia.. Saya akan update lagi list ni dari semasa ke semasa kalau saya terjumpa mereka yang seiras lagi ye...! Bye!




No comments:

Post a Comment