Thursday 11 October 2012

Bantuan kewangan kepada usahawan Bumiputera

Artikel ini saya tujukan khas untuk usahawan2 Bumiputera terutamanya usahawan2 kecil yang baru mula berniaga...

Bumiputera bukan sahaja merujuk kepada kaum Melayu tetapi juga suku kaum seperti Kadazan, Dusun, Iban, Murut dan sebagainya di Sabah dan Sarawak.

Saya tahu sebenarnya ramai di kalangan kaum bumiputera yang berminat dan berkemampuan untuk berniaga tetapi kerana kekangan modal, maka niat terbantut...atau pun perniagaan yang ada tak dapat berkembang jauh.

Sebenarnya banyak kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk membantu kaum Bumiputera berniaga. Banyak agensi kerajaan sedia ada dan yang baru ditubuhkan yang menguruskan dana kerajaan untuk disalurkan kepada usahawan2 Bumiputera. Tetapi ramai yang tidak tahu kerana kurangnya pendedahan dan publisiti.

Pada pandangan saya kekurangan publisiti ini boleh dipandang dari kedua2 sudut positif dan negatif. Dari sudut positifnya, kerajaan tidak mahu kemudahan2 kepada Bumiputera terlalu diwar2kan untuk menjaga sensitiviti kaum lain. Namun, sebenarnya kerajaan tidak berniat menganak-tirikan kaum lain, malah peruntukan untuk mereka tetap ada, cuma bimbang disalah-ertikan oleh masyarakat. Oleh sebab itu, sebagai langkah berjaga2, maka skim2 untuk Bumiputera ini tidak dipromosikan dengan meluas.


Dari sudut negatifnya, kurangnya publisiti terhadap skim2 bantuan kewangan untuk usahawan Bumiputera ini sebenarnya berpunca dari sikap agensi2 kerajaan sendiri yang kurang senang dan kurang kesungguhan untuk membantu kaum Bumiputera. Ramai yang mempunyai tanggapan negatif kepada usahawan Bumiputera seperti tidak bersungguh2 dalam perniagaan, tidak mahu bayar hutang, suka ambil kesempatan ke atas geran2 dan bantuan2 kerajaan, tidak bercita2 tinggi dan macam2 lagi alasan.

Berdasarkan pengalaman saya, kaum Bumiputera sama sahaja seperti kaum2 lain di Malaysia. Bukan semuanya pemalas, suka ambil kesempatan dan tidak serius dalam perniagaan. Ada yang berpotensi dan berjaya seperti kaum lain. Kaum2 lain juga bukan semuanya berjaya, ada juga yang masih merangkak dan berhenti separuh jalan. Pendek kata, tak kira bangsa atau kaum apa sekalipun, semuanya sama. Jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga!

Secara peribadi, saya tak bersetuju jika promosi atau pendedahan terhadap program2, skim2 dan dana2 untuk membantu usahawan Bumiputera disekat atau dibuat secara kecil2an semata2 untuk menjaga sensitiviti kaum lain. Bagi saya, apa yang kita buat mestilah transparent - tiada apa yang perlu disembunyikan. Kaum melayu sebagai kaum majoriti di negara ini sepatutnya berbangga dengan kemudahan2 yang diberikan oleh kerajaan dan seharusnya menggunakan peluang ini dengan sebaik2nya. Manakala kaum2 lain tidak perlu ada rasa cemburu atau tidak puas hati kerana hak mereka sebagai rakyat Malaysia tidak pernah sekalipun dinafikan. 

Kerajaan tidak pernah menyembunyikan berapa banyak dana yang diperuntukkan untuk usahawan Bumiputera - semuanya sentiasa diumumkan di dalam belanjawan setiap tahun dan tersebar di media2. Jadi, apabila tiba ke peringkat pelaksana, mengapa perlu disembunyikan dan tidak mahu diwar2kan dengan seluas2nya supaya mereka yang sepatutnya mendapat manfaat akan menikmatinya.

Ramai usahawan merungut kerana sukar mendapat bantuan walaupun kerajaan telah peruntukkan berbillion ringgit untuk membantu mereka. Di sinilah timbulnya persoalan mengapa perlu masalah2 seperti ini berlaku. Salah agensi pelaksana atau salah usahawan sendiri? 

InsyaAllah saya akan kupaskan sedikit2 di artikel2 akan datang.




No comments:

Post a Comment