Assalamualaikum..
Sudah hampir setahun saya memeram artikel-artikel ini. Kadang-kadang fikir nak kongsi pengalaman, tapi kadang-kadang risau jika disalah-tafsirkan.
Pengalaman saya menjejakkan kaki buat pertama kali ke tanah suci dan mengerjakan umrah buat pertama kali dalam hidup ini, mungkin bukanlah suatu pengalaman yang hebat bagi sesetengah orang. Biasa-biasa sahaja...
Saya tidak berniat untuk berkongsi tips atau 'mengajar' berkaitan ibadah ini kerana saya sangatlah tidak layak. Apa yang ingin saya kongsi cumalah sedikit pengetahuan dan pengalaman umum yang amat cetek. Bagi saya, apa yang saya lalui itu adalah suatu perkara yang baru tapi bagi orang lain mungkin itu tiada apa-apa signifikannya. Jadi, kalau ada yang "baru" seperti saya, harap boleh manfaatkan serba sedikit apa yang saya kongsi.
Segala yang baik itu adalah dariNya, segala yang buruk itu adalah atas kelemahan saya. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment