Wednesday, 24 November 2021

Waktu makan

Assalamualaikum..

        Semasa belajar di universiti pada tahun 1990an saya menginp di asrama dalam kampus. Pada zaman itu, bagi pelajar di asrama, makanan disediakan tiga kali sehari iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Yuran asrama akan meliputi sekali yuran makan, jadi jumlah keseluruhan yuran asrama kelihatan agak mahal berbanding yuran pengajian.

    
    Walaupun tidak pernah duduk di asrama semasa zaman sekolah (kerana saya bersekolah di sekolah harian sahaja), saya tiada masalah untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di asrama. Mungkin juga sebab saya memang telah terdidik dengan aturan makan di rumah. Sejak kecil, kami adik-beradik telah diasuh untuk makan bersama pada setiap waktu tanpa gagal. Mungkin sebab itu tiada kesukaran bagi saya untuk mengikut peraturan di asrama. 

    Pagi-pagi selepas Subuh terus bersiap untuk ke kuliah dan sebelum itu singgah ke Dewan Makan dan menikmati sarapan. Alhamdulillah, menu di asrama yang saya diami tidak mengecewakan dan tidak seperti yang selalu kita dengar orang komplen tentang `makanan asrama'. Menu setiap hari adalah berbeza dan antara menu yang saya ingat ialah nasi goreng, roti bersama telur setengah masak, mentega dan kaya, kuetiaw, mi goreng, roti canai, chee cheong fun dan bihun goreng. Yang paling saya suka ialah roti canai kerana ia memang dibuat segar di situ. Kita boleh nampak pakcik menebar roti canai dan goreng panas-panas untuk dihidangkan kepada pelajar.

Monday, 22 November 2021

Kenapa aku memblogging?

Assalamualaikum.....

Hehehehehhe.... tajuk macam ganas je kan...

Sebenarnya saja nak bagitahu kenapa saya pilih menulis di blog, bukan facebook, bukan instagram, bukan twitter, bukan whatsapp, bukan telegram, bukan lain-lain media sosial yang lebih umpphhh, mantop dan glemer.

Saya ni orang yang kuno... kurang keyakinan diri, low-profile, tidak suka bersosial dan tidak gemar suasana yang huru-hara. Namun begitu, saya suka membaca, memerhati, berfikir, mengulas dan merangsang idea. 

Menulis di platform selain blog mendedahkan saya kepada komunikasi dua hala yang lebih pantas, yakni lebih ramai pembaca dan mengundang lebih banyak komen terutamanya jika tulisan yang sensasi. Saya bukan tidak boleh dikritik atau tidak mahu terima teguran, tetapi sebenarnya saya malas untuk berinteraksi. Ini akan membuang masa saya yang sangat berharga dan secara jujurnya, segala komen baik atau buruk pastinya akan melekat di kotak fikiran saya dan mungkin mengganggu konsentrasi kehidupan seharian saya.

Jadi, di sinilah saya... blog yang tiada pembaca ini menjadi tempat yang selesa untuk saya mencurah rasa, meluah kejengkelan, berkongsi idea dan menjentik hati sesiapa sahaja yang tersesat di sini.. hihihi...

Saya percaya ramai lagi manusia seperti saya... walaupun kita tak serupa tapi kita mungkin sama..:)



    

Ukur baju badan sendiri

Kadang-kadang pelik tengok orang yang mengadu domba hidup susah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tapi sibuk dok hantar anak-anak ke sekolah swasta, bulan-bulan bayar ribu-ribu. Ye, memanglah pendidikan anak-anak tu penting. Tapi semua yang ke sekolah kerajaan yang tak payah bayar mahal tu bodoh-bodoh belaka ke? Takde yang jadi orang ke?

#kaudahkenapa?? 

Parenting guide???

Kadang-kadang memang pelik tengok generasi sekarang. Berkahwin tak sampai pun 10 tahun. Anak-anak pun baru setahun dua. Ada tu anak pun tak sekolah lagi. Tapi bagi parenting guide macam dah umur 70, anak sebelas semua dah jadi doktor, peguam, arkitek dan segalanya.. Berdekah-dekah bagi nasihat..  Adoiii kalau aku memang malu.. Ye lah korang generasi keyakinan diri tahap tinggi. Tapi bagi aku selagi belum terbukti tak payahlah canang satu kampung nak oooiii...


#BBNUtunjukpandai



Friday, 12 November 2021

Pelakon Korea yang seiras selebriti Malaysia

Assalamualaikum....안녕하세요 Annyeonghaseyo......


Sebelum ini saya pernah kongsikan pendapat saya mengenai pelakon Korea yang berupa seiras. (boleh rujuk artikel ini

Kali ini saya nak kongsikan pula pelakon Korea yang pada pandangan saya ada persamaan dengan selebriti Malaysia, sama ada pelakon atau penyanyi. Ada yang seiras rupa dan ada juga yang seiras gaya lakonan atau memek muka. Mari kita lihat siapakah mereka......


1. Park Yeong Gyu vs Jalaluddin Hassan


Kedua-dua pelakon veteran ini ada persamaan dalam gaya lakonan. Kedua-duanya sering melakonkan watak bapa dan ahli perniagaan yang berjaya. 

Monday, 4 January 2021

Buku Skrap Persatuan Bahasa Melayu (Tahun 4 2020)

        Buku skrap ini disediakan bagi memenuhi keperluan ko-kurikulum murid sekolah rendah Tahap 1 (tahun 4 - 6). Ini memandangkan aktiviti ko kurikulum telah tidak dapat dijalankan sejak beberapa bulan yang lalu ekoran daripada penutupan sekolah akibat pandemik Covid 19. Semasa buku ini disediakan, semua sekolah di Lembah Kelang masih lagi ditutup kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

        Bagi murid-murid Tahun 4 yang menganggotai Persatuan Bahasa Melayu, mereka dikehendaki menyediakan buku skrap bertajuk Simpulan Bahasa. Berikut ialah buku yang telah dihasilkan oleh anak bongsu saya:-  














Buku Skrap : Permainan Dalaman

        Buku skrap ini disediakan bagi memenuhi keperluan ko-kurikulum murid sekolah rendah Tahap 1 (tahun 4 - 6). Ini memandangkan aktiviti ko kurikulum telah tidak dapat dijalankan sejak beberapa bulan yang lalu ekoran daripada penutupan sekolah akibat pandemik Covid 19. Semasa buku ini disediakan, semua sekolah di Lembah Kelang masih lagi ditutup kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

        Bagi murid-murid Tahun 4 yang menganggotai Unit beruniform Pergerakan Puteri Islam Malaysia, mereka dikehendaki menyediakan buku skrap bertajuk Permainan Dalaman. Berikut ialah buku yang telah dihasilkan oleh anak bongsu saya:-  










Buku skrap : Permainan Bola Jaring

Buku skrap ini disediakan bagi memenuhi keperluan ko-kurikulum murid sekolah rendah Tahap 1 (tahun 4 - 6). Ini memandangkan aktiviti ko kurikulum telah tidak dapat dijalankan sejak beberapa bulan yang lalu ekoran daripada penutupan sekolah akibat pandemik Covid 19. Semasa buku ini disediakan, semua sekolah di Lembah Kelang masih lagi ditutup kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

        Bagi murid-murid Tahun 4 yang menganggotai Kelab Bola Jaring, mereka dikehendaki menyediakan buku skrap bertajuk Permainan Bola Jaring. Berikut ialah buku yang telah dihasilkan oleh anak bongsu saya:-