(Kusyen 2nd-hand dah lembik...so, nampak menggelebeh sikit..hu..hu..)
My little knowledge and experience might beneficial to others. Let's share!
Tuesday, 11 December 2012
Saturday, 24 November 2012
Kuih Bakar
Pernah tengok / makan kuih ni? Ini ialah salah satu jenis kuih bakar. Antara bahan2 utamanya ialah telur, santan, tepung dan gula. Rasanya sangat manis....kalau yang tak suka makan manis2, mesti tak suka kuih ni. Tapi, dalam manis2 tu, ada lemak2nya juga...dan paling sedap kalau makan panas2...
Tuesday, 30 October 2012
CTOS vs CCRIS
Kalau terlibat dalam sektor kredit, kita tak akan boleh lari dari mengenali cik CTOS dan cik CCRIS. Siapakah cik berdua ini yang sangat popular bila kita nak buat pinjaman?
Saya akan cuba ceritakan dengan bahasa yang paling mudah - atau dengan kata lain, dengan bahasa pasar. Mungkin apa yang akan saya terangkan adalah kurang tepat dari segi teknikalnya, tapi tujuan saya ialah untuk memberi kefahaman kepada mereka yang tiada atau kurang pengetahuan dalam bidang kewangan dan tidak mahu memeningkan kepala mereka dengan terma2 yang pelik2.
CTOS dan CCRIS adalah dua benda yang berbeza walaupun seringkali digunakan bersama. Boleh diandaikan mereka berdua ini adalah pasangan kembar tidak seiras.
CTOS memaparkan rekod2 yang kurang baik - atau lebih mudah kalau saya katakan mereka yang ada rekod pinjaman tak berbayar. Jadi, bukan semua orang akan ada rekod CTOS. Kalau CTOS mengeluarkan "record not found", maka kita patut rasa lega.
Manakala CCRIS pula memaparkan semua rekod pinjaman yang kita ada di semua institusi kewangan. Ia meliputi kedua2 rekod yang baik dan buruk. Jadi, kebanyakan orang pasti akan ada rekod CCRIS (kecuali mereka yang tak pernah buat pinjaman dengan bank - saya rasa ini agak jarang berlaku pada zaman sekarang).
Tuesday, 23 October 2012
Sunday, 14 October 2012
Resepi Kerapu Stim & Yee Mee Sempoi
Hari ni saya nak share dua resepi sempoi...yang sangat2 senang nak buat, terutamanya di saat2 malas nak memasak tapi kena juga masak.
Yang pertama ialah Ikan Kerapu Stim
Bahan2 dan cara2nya:-
1. Ikan kerapu - saiz ikut suka. Tapi kalau yang besar lagi best! Kelar2 sikit badan ikan tu, letak dalam pinggan.
2. Hiris bawang putih, halia, bawang merah, serai, batang celeri, daun limau purut, tomato kerat 4@6, semua taburkan atas ikan tadi.
3. Perah sedikit limau - tak kisah lah limau nipis ke, limau kasturi ke, lemon ke... sikit je untuk hilangkan hanyir. Tapi kalau suka masam, letaklah lebih.
4. Taburkan garam, lada sulah ikut rasa.
5. Letak air - ikut suka. Kalau nak kuah banyak, lebihkan sikit air.
6. Letak dalam kukus, lebih kurang 10-15 minit siap!
7. Taburkan daun sup / daun ketumbar ikut suka.
Senang kan? Ini adalah masakan paling mudah, cepat tapi berkhasiat. Tak guna minyak, baik untuk kesihatan. Mesti cuba!
Thursday, 11 October 2012
Bantuan kewangan kepada usahawan Bumiputera
Artikel ini saya tujukan khas untuk usahawan2 Bumiputera terutamanya usahawan2 kecil yang baru mula berniaga...
Bumiputera bukan sahaja merujuk kepada kaum Melayu tetapi juga suku kaum seperti Kadazan, Dusun, Iban, Murut dan sebagainya di Sabah dan Sarawak.
Saya tahu sebenarnya ramai di kalangan kaum bumiputera yang berminat dan berkemampuan untuk berniaga tetapi kerana kekangan modal, maka niat terbantut...atau pun perniagaan yang ada tak dapat berkembang jauh.
Sebenarnya banyak kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk membantu kaum Bumiputera berniaga. Banyak agensi kerajaan sedia ada dan yang baru ditubuhkan yang menguruskan dana kerajaan untuk disalurkan kepada usahawan2 Bumiputera. Tetapi ramai yang tidak tahu kerana kurangnya pendedahan dan publisiti.
Pada pandangan saya kekurangan publisiti ini boleh dipandang dari kedua2 sudut positif dan negatif. Dari sudut positifnya, kerajaan tidak mahu kemudahan2 kepada Bumiputera terlalu diwar2kan untuk menjaga sensitiviti kaum lain. Namun, sebenarnya kerajaan tidak berniat menganak-tirikan kaum lain, malah peruntukan untuk mereka tetap ada, cuma bimbang disalah-ertikan oleh masyarakat. Oleh sebab itu, sebagai langkah berjaga2, maka skim2 untuk Bumiputera ini tidak dipromosikan dengan meluas.
Thursday, 4 October 2012
From Banker's Perspective - Part 2 : Tips memohon pinjaman
Sebelum ini saya ada cerita pasal maklumat dan dokumen yang tidak lengkap dikemukakan oleh pelanggan semasa membuat permohonan pinjaman perumahan. Kali ini saya nak ceritakan perkara yang sama juga, tetapi bagi pinjaman komersil pula....atau dengan kata lain business loan oleh syarikat2 atau peniaga2.
Rule No. 1 adalah masih sama - iaitu maklumat / dokumen mesti lengkap DAN IMPRESSIVE. Kenapa ada tambahan impressive tu? Sebabnya ialah, mula2 sekali mesti tarik perhatian pegawai bank. Ini sangat2 penting. Tak guna jika pelanggan bawa buah tangan sebakul pun, tapi kalau dokumen tak lengkap dan tak berjaya menarik perhatian pegawai bank, permohonannya mungkin akan diperap dalam tray KIV.
Macam mana nak buatkan permohonan kita nampak impressive? Di sini saya bagi beberapa tips:-
Wednesday, 3 October 2012
Kek coklat
Sejak di bangku sekolah lagi saya memang minat buat kek. Kek pertama yang saya belajar ialah kek coklat. Orang yang bertanggungjawab mengajar saya buat kek coklat ini ialah Kak Mahrum di Kampung Baru. Terima kasih yang tak terhingga kepada beliau yang sanggup datang ke rumah saya semata-mata untuk beri resepi dan terangkan bagaimana nak buat kek coklat yang sedap tu.
Sampai hari ni kami sekeluarga masih gunakan resepi yang Kak Mahrum bagi. Walaupun banyak lagi resepi kek coklat yang saya pernah cuba, tapi resepi Kak Mahrum masih menjadi pilihan suami, anak2 dan adik-beradik.
Inilah rupa kek coklat yang sedap tu.....nyum..nyum...
Bermula dengan kek coklat itu lah saya pun mula buat kek2 lain. Semuanya guna resepi orang2 lama - ambil dari buku resepi mak saya. Tak pernah pun belajar buat kek secara formal walaupun memang berminat terutamanya bila tengok orang buat icing kek yang cantik2.
Tuesday, 2 October 2012
Kembali bekerja?
Hari ini saya terbaca di akhbar berkenaan usaha2 untuk menarik wanita kembali ke pasaran kerja. Berikut ialah petikannya:-
Najib: Usaha proaktif galak wanita kembali ke pasaran kerja
2 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - Pelbagai usaha akan terus dilaksana untuk membolehkan
lebih ramai golongan wanita kembali ke pasaran kerja di negara ini, kata
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata walaupun lebih 60 peratus penuntut universiti di negara
ini adalah wanita, jumlah itu tidak dicerminkan dalam pasaran kerja dan
itu merupakan satu kerugian kepada negara.
Perdana menteri berkata hanya 46 peratus tenaga kerja dalam pasaran
pada masa kini adalah wanita kerana kebanyakan mereka memilih untuk
memberi fokus kepada pengurusan rumah tangga.
"Rugi wanita kita belanja besar hantar belajar tinggi-tinggi di
universiti tetapi lepas itu berhenti kerja," katanya pada majlis
sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2012 yang bertemakan 'Wanita Pencetus
Ekonomi Baru' di sini, hari ini.
Hmmm...sambil tersenyum sendiri, saya teringatkan mak saya. Fikiran dan pandangan mak sebiji sama macam PM kita. Mak cakap ruginya berhenti kerja dah penat2 belajar tinggi2. Saya tahu mak tak setuju sangat bila saya buat keputusan tak mahu bekerja lagi. Saya cakap, belajar untuk ilmu pengetahuan, bukan untuk wang ringgit. Mak diam je.. Tapi setelah tiga tahun, mak dah malas nak cakap lagi...agak2nya mak dah ok ke? Hi..hi..hi...
From banker's perspective : Tips semasa memohon pinjaman
Saya pernah bekerja di bank - front liner berjumpa dengan pelanggan2 yang nak mohon pinjaman terutamanya pinjaman perumahan. Di sini saya kongsikan sedikit pengalaman saya...
Sepanjang lebih kurang 2 tahun saya berkhidmat di cawangan bank itu, saya dapati kelemahan kebanyakan pelanggan yang datang untuk buat permohonan pinjaman ialah dokumen yang tidak lengkap. Rata2 mesti kena datang semula atau pun kena fakskan kemudian dokumen2 yang tak lengkap. Jarang betul yang datang dengan serba-serbi tip top!
Apakah dokumen yang kurang / selalu tidak disertakan oleh pelanggan?
Monday, 1 October 2012
Sulam tradisional
Rasa-rasanya ramai yang biasa tengok sulaman tangan seperti di atas. Tapi tak biasa tengok sulam seperti di bawah ini kan?
Ini adalah salah satu jenis sulaman tangan tradisional. Ada yang dinamakan sulam patah hati, tapak itik dan biji timun. Sulaman ini sangat cantik kalau dijahit pada sarung bantal terutamanya sarung bantal bayi.
Cantik tak? Ini adalah salah satu hobi saya. Menjahit sulam boleh memberi ketenangan dan kepuasan. Kalau berminat untuk belajar, boleh lah hubungi saya. Tempahan juga diterima...tapi kena beritahu awal2 sebab sulaman tangan ini ambil masa juga untuk disiapkan.. :-)
Jom buat simpanan!
Membuat simpanan bukanlah perkara mudah sebenarnya jika kita kurang berdisiplin. Walaupun kebiasaannya kita mempunyai lebihan wang tiap2 bulan, tapi jika tidak membiasakan diri membuat simpanan, lebihan itu akan habis entah ke mana.
Saturday, 29 September 2012
Belanja tetap
Dalam artikel terdahulu saya ada terangkan sedikit mengenai Belanja Tetap yang saya definisikan sebagai nafkah kepada isteri, anak2, ibu bapa dan mertua. Di sini saya akan jelaskan lebih lanjut mengapa saya definisikan sebegitu.
Friday, 28 September 2012
Pengurusan kewangan keluarga
Sebelum saya berkongsi pengalaman semasa bekerja, rasanya eloklah saya kongsikan sedikit pengetahuan bagaimana menguruskan kewangan keluarga terlebih dahulu.
Walaupun mungkin nampak mudah dan remeh-temeh bagi sesetengah orang, namun sebenarnya tanpa bajet dan perancangan kewangan yang rapi setiap bulan, berapa banyak gaji / pendapatan yang diperolehi setiap bulan tak kan pernah cukup. Baru tengah bulan dah semput dan mula nak meminjam sana sini. Kalau yang bujang pula, mulalah ikat perut makan maggi aje.
Insiden2 sebegitu sepatutnya tak terjadi terutamanya kepada mereka yang bergaji tetap setiap bulan. Kita dah tahu berapa yang kita akan dapat setiap bulan, maka sewajarnya kita dah boleh merangka berapa yang kita boleh belanjakan.
Jadi, di sini saya nak kongsi satu template ringkas yang boleh diguna pakai setiap bulan supaya duit yang kita dapat tiap2 bulan takkan tersasar jauh.
Dimulakan dengan pendapatan:-
- Senaraikan semua pendapatan yang kita dapat setiap bulan. Misalnya gaji dan elaun tetap. Kalau yang ada rumah, kereta atau sebagainya yang disewakan, juga senaraikan sewa yang diterima.
- Bagi yang ada kerja sambilan, senaraikan juga. Jika pendapatan bagi kerja sambilan tidak tetap, letakkan anggaran paling rendah.
- Bagi yang menjalankan perniagaan sampingan, boleh juga masukkan anggaran pendapatan daripada perniagaan. Tetapi, jika perniagaan merupakan punca utama pendapatan, maka eloklah membuat penyata akaun berasingan yang khas untuk perniagaan dan tak perlu dicampurkan.
- Jika suami isteri bekerja, boleh dicampurkan atau boleh juga dibuat dua template berasingan untuk suami dan isteri - mengikut persetujuan masing2.
Seterusnya, ke bahagian perbelanjaan:-
- Mula2 senaraikan belanja tetap. Belanja tetap mengikut definisi saya ialah belanja wajib yang mesti kita keluarkan tiap2 bulan. Dengan kata lain, boleh juga diklasifikasikan sebagai nafkah. Jadi, termasuk di bawah belanja tetap ini ialah nafkah untuk isteri, belanja sekolah anak2 dan pemberian kepada ibu bapa dan mertua. (Saya akan kongsikan dengan lebih lanjut berkenaan ini di artikel akan datang)
- Kedua, senaraikan belanja aset. Belanja ini adalah ansuran untuk pinjaman yang kita buat untuk membeli kereta, rumah dan sebagainya. Jika ada barang2 atau peralatan rumah yang dibeli secara ansuran, misalnya pembelian melalui potongan kad kredit tanpa faedah, juga boleh disenaraikan di bawah kategori ini.
- Ketiga, lain2 belanja. Ini termasuklah sewa rumah (jika tinggal di rumah sewa), belanja utiliti (air, elektrik, astro, celcom, maxis, unifi dan sebagainya), belanja dapur, petrol, tol, parking dan lain2. Bayaran2 ad-hoc seperti cukai tanah, cukai pintu, IWK, insuran dan road-tax kereta juga termasuk di bawah belanja ini.
- Keempat, peruntukan untuk simpanan. Seeloknya, kita bajetkan sedikit (kalau tak boleh banyak) untuk simpanan terutamanya untuk kecemasan. Kaedah simpanan ini terpulanglah kepada kesukaan masing-masing. Kalau yang boleh berdisiplin menyimpan sendiri dalam tabung di rumah, boleh juga lakukan demikian. Tetapi, jika kita bukanlah orang yang kuat disiplin, eloklah menyimpan di dalam institusi yang berlesen seperti bank, tabung haji dan ASB. (Rujuk artikel akan datang untuk maklumat lanjut). Selain daripada itu, peruntukkanlah sedikit untuk saham akhirat iaitu sedekah/waqaf/infaq. Ini boleh dilakukan sama ada melalui institusi zakat, tahfiz, masjid, individu dan apa-apa sahaja yang kita suka.
Setelah selesai, campurkan kesemua pendapatan dan tolaklah jumlah perbelanjaan. Anda bolehlah tengok sama ada terdapat lebihan atau kurangan. Kalau pendapatan melebihi perbelanjaan, ini petanda yang baik. Anda boleh peruntukkan lebihan itu kepada simpanan atau jika simpanan sudah memadai, maka lebihan itulah yang layak dienjoykan!
Tapi, kalau perbelanjaan melebihi pendapatan, maka anda perlu berbuat sesuatu. Semak semula senarai perbelanjaan tadi. Pastikan mana2 belanja yang boleh dikurangkan, cuba kurangkan. Tapi awas! Belanja tetap dan belanja aset sepatutnya tidak boleh dipotong! Kerana kalau anda gagal bayar ansuran kepada bank atau lain2 pemiutang, buruk akibatnya. Anda boleh disenarai-hitamkan dan boleh juga dikenakan tindakan undang2. Cuba hindari perkara2 seperti ini berlaku.
Kalau anda benar2 buntu kerana tidak dapat kenal pasti di mana puncanya kekurangan pendapatan anda berbanding perbelanjaan walaupun setelah disemak berkali2, di sini saya beri satu tips:- Cuba perhatikan belanja aset anda. Adakah mungkin anda terlampau banyak berhutang untuk membeli aset? Jika ya, buatlah sesuatu. Mungkin belum tiba masanya lagi untuk anda membeli rumah atau menukar kereta atau menambah peralatan2 rumah. Ukurlah baju di badan sendiri!
Pengurusan kewangan memerlukan disiplin. Cubalah perlahan2 InsyaAllah boleh. Alah bisa, tegal biasa. Kalau dah biasa, InsyaAllah, duit anda akan sentiasa cukup walaupun gaji tak besar.
Selamat Mencuba!
Subscribe to:
Posts (Atom)