Saturday, 5 November 2016

Hujan emas di tanah airku...


Alhamdulillah, saya rasa saya dah menjejakkan kaki ke setiap negeri di Malaysia. Dari Perlis....sampailah ke Sabah.... macam lirik satu lagu yang dulu-dulu selalu nyanyi tapi sekarang dah tak berapa ingat. Ke luar negara, pernah lah juga. Tapi tidaklah sekerap mana. Insya Allah, kalau ada rezeki teringin juga nak round the world in 360 days...hu..huuuuuuuuuuuuu....

Sebenarnya apa tujuan kita melancong atau mengembara? Bagi saya, supaya kita dapat tengok negeri orang, Apa yang cantik, baik, menarik, kita jadikan contoh dan apa yang hodoh, buruk dan rumit, kita jadikan tauladan. Pada saya, seindah mana dan sehebat mana pun negara orang, baiklah juga negara sendiri. Seteruk mana pun Malaysia di pandangan orang, tetap tiada tandingannya bagi diri saya. Inilah tanah tempat tumpahnya darahku...


Dulu, dulu, dulu, (macam lagu pulak!) pernah juga fikir bagaimana rasanya duduk di perantauan. Macam best je dengar kawan-kawan yang tinggal di Eropah, Korea, Jepun, US, German dan merata ceruk di dunia. Gambar-gambar dan cerita-cerita yang mereka kongsi nampak macam gembira je... Tapi, hakikatnya kita tak tahu.

Saya suka membaca blog-blog mereka yang tinggal di perantauan sebab biasanya banyak cerita menarik yang mereka kongsi tentang pengalaman mereka di tempat orang.

Walaupun kita tak pernah sampai ke sesuatu tempat itu, sebenarnya banyak perkara yang kita boleh pelajari daripada membaca. Apatah lagi di zaman sekarang ini...segala maklumat di hujung jari!

Kadang-kadang kita rasa iri hati tengok sesuatu perkara yang baik berlaku di negara orang tetapi kenapa di negara kita tak boleh dipraktikkan? Ramai sebenarnya bila melancong ke tempat orang, nampak yang indah-indah belaka. Bila balik, banyaklah cerita yang molek-molek sahaja nak dibandingkan dengan tanah air sendiri. Semuanya buruk dan busuk sahajalah Malaysia ni!

Kenapa kita perlu bersikap begitu?

Saya bukan ahli pemikir, cendekiawan, usahawan atau politikus. Tapi saya sayangkan negara saya. Walau sejauh mana pun kita jelajah, sehebat manapun negara orang di pandangan mata kita, namun pada saya, tanah air sendiri tidak perlu diperlekehkan. Kalau bukan kita yang menjaga nama baik nama negara kita, siapa lagi?

Saya Anak Malaysia.... 


No comments:

Post a Comment