Tuesday, 23 April 2024

Resepi Biskut Cornflakes

Biskut cornflakes ni dah wujud sejak zaman saya kecil-kecil lagi. Banyak versi resepi ini, tetapi saya suka yang paling terkini yang saya buat. Saya suka cornflakes yang tidak terlalu hancur sebab suka rasa garingnya bila digigit dan kunyah. Kata orang sekarang crispy and crunchy. Berikut ialah resepinya:-


Bahan-bahan:-
 

1 ketul mentega
3/4 cawan gula aising / gula pasir dimesin halus
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/3 cawan conrnflakes - dikisar / diramas
1/2 sudu kecil baking powder
Cornflakes secukupnya
Ceri untuk hiasan



Cara-caranya:-

  • Kacau mentega dan gula. Kalau tiada gula aising, boleh guna gula pasir yang dimesin halus, atau sebaliknya.
  • Masukkan telur dan vanila.
  • Masukkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan cornflakes yang telah dikisar atau diramas. Kalau suka tekstur yang halus, kisarlah cornflakes tu. Tapi saya suka yang kasar, jadi saya cuma ramas-ramaskan sahaja.
  • Bila adunan dah gaul rata (memang sedikit cair), ambil sedikit macam bola dan golek-golekkan atas cornflakes. Boleh guna sudu dan garfu atau boleh guna tangan sahaja. Kemudian, susun di loyang. Seperti mana yang saya sebutkan di atas, kalau tak suka tekstur yang kasar dan berbonggol-bonggol, boleh abaikan sahaja langkah ini. Teruskan letak adunan di loyang. Biskut akan jadi licin sekata.
  • Letakkan ceri di tengah sebagai hiasan.
  • Bakar suhu 160oC lebih kurang 10 minit, mengikut oven masing-masing.





Biskut ni tidak terlalu manis. Lemak dan rangup. Mesti cuba tau...!





No comments:

Post a Comment