Nama sebenar biskut ini ialah Chocolate Chip. Tapi saya commercialised kan namanya sebagai Cok Cip agar lebih catchy dan senang disebut.😃
Ada banyak resepi biskut ini di internet, tetapi kebanyakannya menggunakan bahan asas yang sama, cuma sukatan yang berbeza-beza. Saya dah banyak kali buat biskut ini sempena Hari Raya iaitu sejak 2016 lagi. Resepi yang saya kongsikan di bawah ialah resepi paling ideal yang saya dapat simpulkan setelah berkali-kali buat. Alhamdulillah, biskut menjadi dengan baik dan sedap.
Bahan-bahan:-
2 ketul mentega
3 cawan brown sugar
2 biji telur
2 sudu kecil esen vanila
2 cawan minyak masak
2 sudu besar susu segar
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil baking powder
1 kg tepung gandum
500g cip coklat
Badam nib }
Nestum } Optional
Quaker Oat }
Caranya:-
- Kacau mentega dengan gula. Kacau dengan senduk kayu sahaja, tak perlu sampai kembang.
- Masukkan telur dan esen vanila.
- Masukkan minyak. Kacau rata.
- Masukkan tepung gandum dan baking powder sedikit-sedikit. Adunan memang sedikit cair.
- Masukkan garam dan susu segar.
- Akhir sekali masukkan cip coklat. Kalau suka, boleh tambah badam, nestum, quaker oat dan apa-apa kekacang mengikut kesukaan. Kalau tak suka, cip coklat sahaja pun sudah memadai.
- Cedok dengan sudu dan garfu dan letakkan atas loyang. Kalau nak lebih cepat, boleh gunakan piping bag / plastik dan picitkan terus di atas loyang.
- Susunan di dalam loyang jangan terlalu rapat sebab biskut akan sedikit mengembang.
- Saiz biskut ikutlah kesukaan anda.
- Kalau oven saya, saya bakar pada suhu 175oC dengan api atas bawah dalam lebih kurang 5-7 minit sahaja. Jadi, bergantunglah kepada oven masing-masing.
Biskut ini rangup dan rasanya seakan-akan Famos Amos Cookies yang mahal tu. Baunya semerbak harum semasa dibakar dan boleh membuatkan anak-anak terliur jika buat di bulan puasa.. 😁
Senang sahaja nak membuatnya dan bahan pun tak susah. Kalau ikut sukatan ni, banyak juga hasilnya. Cubalah... anak-anak mesti suka. Makan panas-panas sedap. Kalau dah sejuk, mereka celup dalam susu, sebalang sekejap je boleh habis. 😂
No comments:
Post a Comment