Wednesday, 24 April 2024

Resepi Donut

Donut memanglah makanan kegemaran saya seisi keluarga. Secara peribadi, saya suka donut Big Apple terutamanya yang topping kekacang. Anak-anak pula ada yang suka donut Krispy Kreme, Dunkin Donut, malah ada juga yang suka donut yang dijual di bakeri seperti La Boheme, Lotus dan Aeon. Pendek kata, apa sahaja jenis donut pun mereka suka je. 😅

Namun begitu, kata suami saya, dia paling suka donut yang saya buat. Hmmm... tak tahulah betul-betul ke atau sekadar nak sedapkan hati saya sahaja. Jadi, saya selalulah juga buat donut sendiri. Ada macam-macam resepi donut ni, baik di internet mahu pun daripada buku resepi lama saya. Tapi saya ni biasanya suka buat resepi yang mudah sahaja asalkan rasanya boleh tahan. Jadi, di sini saya kongsikan resepi donut yang saya dah olah dan biasa buat. Agak mudah dan cepat sebab cuma uli dengan tangan. 

Satu resepi, pelbagai rupa 😁




Bahan-bahan:-

Bahan A
1 paket yis kering (saya biasa guna mauripan) }
2 sudu besar susu pekat                                 }campurkan dan biarkan kembang
2 sudu besar gula pasir                                  }
1 cawan air                                                   }

Bahan B
1 paket tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
Air secukupnya

Bahan C
Gula castor / gula halus - ikut suka


Cara-caranya:-
  • Ramaskan Bahan B sehingga menjadi serbuk roti.
  • Campurkan Bahan A yang dah kembang ke dalam Bahan B. Tambah air.
  • Uli sehingga jadi doh. Anggaran air ialah sekadar adunan telah menjadi doh. Doh memang sedikit lembik. Tutup dengan kain basah dan biarkan lebih kurang satu jam.
  • Selepas sejam, doh patut dah mengembang. Tumbuk doh untuk keluarkan angin dan uli sedikit lagi. 
  • Taburkan tepung atas papan pencanai dan bolehlah mula menerap donut. Kalau tiada acuan donut, boleh sahaja terapkan dengan gelas mengikut saiz kesukaan anda. Kalau nak gentel-gentel sahaja seperti bola pun boleh.
  • Susun dalam loyang, jangan terlalu rapat sebab ia akan mengembang. Pastikan alas dengan plastik atau pun taburkan tepung di dulang supaya ia tidak melekat.
  • Panaskan minyak dan mulalah menggoreng.
  • Api sederhana - jangan api kuat sebab donut cepat hangus. Masa memasak sekejap sahaja. Perlu balik-baikkan donut untuk masak yang sekata.
  • Semasa donut masih panas, gaulkan dengan gula halus. Kalau suka nak letak topping, tunggu sehingga donut sejuk sedikit supaya topping tidak cair.


                         



Nota:-
Resepi donut ini sebenarnya boleh dipelbagaikan menjadi pau, pau goreng, cakoi dan puri. Kerana bahan-bahan asasnya adalah sama. Di artikel seterusnya saya akan kongsikan. 



No comments:

Post a Comment