Ini ialah hasil kerja anak kembar pertama saya. Tulisannya memang agak comot sedikit :) Tajuk folio ini ialah "Jenis-jenis Rumah di Negara Kita dan di Negara Lain".
My little knowledge and experience might beneficial to others. Let's share!
Thursday, 10 October 2019
Folio Kajian Tempatan Drj 4 (2012) - Bhg 2
Monday, 20 May 2019
"Jelata"
Pernah dengar tak makanan namanya jelata?? Hi.hi..hi... bukan rakyat jelata tau!
Sebenarnya saya pun tak pasti betul ke namanya ni... tapi dalam keluarga saya kalau sebut jelata, ianya bukan benda yang asing. Cuba tengok gambar di bawah..
Saya rasa orang biasa panggil acar, kan?.. :)
Tak kisahlah apa pun namanya, tapi mungkin ada yang nak tahu resepi makanan sampingan yang ringkas ini. Jadi, di sini saya kongsikan...
Nasi Beriyani Ayam Tersorok
Salam Ramadhan,
Hari ini saya nak kongsikan resepi yang paling rare.... resepi warisan keturunan yang saya belum pernah makan lagi di mana-mana selain yang dimasak oleh kaum keluarga, sanak-saudara saya sahaja.. :)
Resepi ini adalah warisan Allahyarhamah ibu saudara saya. Semoga ilmu yang dikongsi ini menyumbang kebaikan yang berterusan kepadanya di sana, Insya Allah.
Walaupun nama resepi ini ialah Nasi Beriyani, namun jangan bayangkan seperti nasi beriyani yang biasa kita makan. Ia tak sama langsung dengan nasi beriyani mamak, nasi beriyani gam atau apa-apa sahaja nasi beriyani yang biasa kita jumpa di pasaran. Hahh... sebab itulah saya cakap rare... :)
Resepi ini sangat mudah dimasak dan tidak dijemu dimakan. Ia juga bolehlah dikategorikan sebagai makanan sihat kerana kurang minyak. Berikut ialah resepinya:-
Monday, 13 May 2019
Kuih TAKOTA
Selamat Berpuasa!
Hari ini sudah hari ke-8 bulan Ramadhan. Sebagai suri rumah, memang berhempas pulas otak ini kena fikirkan menu setiap hari yang akan memenuhi citarasa setiap ahli keluarga. Bukan senang tau!
Antara kuih kegemaran di bulan puasa ialah kuih Tepung Pelita. Saya percaya semua orang di Malaysia kenal kuih ini. Cuma mungkin namanya berbeza-beza di setiap negeri. Selain tepung pelita, ada sejenis lagi kuih yang seakan serupa yang orang panggil kuih Tako. Sebenarnya, kalau sekali telan, kedua-dua kuih ini macam tiada bezanya. Tetapi, rupa-rupanya ada kelainan di antara kedua-dua beradik ini. Perbezaan utamanya ialah acuan tepung pelita menggunakan daun pisang manakala acuan tako menggunakan daun pandan. Dalam kuih tako juga biasanya ada ketulan kecil sengkuang.
Baiklah, di sini saya nak kongsikan resepi kuih Takota! Kuih apa tu?? Heh..heh.... ia adalah kacukan kuih tepung pelita dan tako. Acuannya saya gunakan daun pandan, tetapi adunannya menggunakan bancuhan tepung pelita. Sebab itu saya namakan kuih Takota!
Thursday, 28 February 2019
Sakit belakang peha ~ Intermittent Claudication?
Berdasarkan pengamatan saya, agak sukar untuk mencari
maklumat berkaitan kesihatan dari blog-blog / laman web berbahasa Melayu.
Sekiranya keyword yang ditaip
berbahasa Melayu, kebiasaannya kita akan ditunjukkan kepada blog-blog / laman
web berbahasa Indonesia. Masalahnya ialah kadang-kadang banyak perkataan dalam
Bahasa Indonesia yang saya tidak faham.
Persoalannya di sini, adakah orang Melayu tidak berminat
menulis dalam bab kesihatan / sains?? Atau, adakah ramai doktor Melayu atau
ahli-ahli dalam bidang sains, perubatan dan berkaitan hanya menulis dalam
Bahasa Inggeris?
Sebagai blogger picisan, saya juga tidak terkecuali. Tetapi,
saya memang lah bukan ahli yang selayaknya untuk menulis dalam bab ini. Namun,
kali ini saya suka nak berkongsi satu pengalaman sendiri. Apa yang saya tulis
di sini, hanyalah berdasarkan pengalaman peribadi dan jika ada fakta yang tidak
tepat, harap boleh diperbetulkan.
Pernah suatu ketika saya mengalami rasa sakit di belakang
peha. Rasa sakitnya seperti isi ditarik atau dikoyak. Ianya berlaku semasa
berjalan atau berdiri lama. Tetapi, apabila duduk, sakit itu akan hilang. Dan
ianya akan berulang kembali apabila berjalan. Semasa membongkok, badan juga
tidak boleh tunduk hingga 90 darjah kerana bahagian belakang peha rasa sakit
dan tegang.
Pernahkah anda mengalami masalah yang serupa seperti saya?
Thursday, 10 January 2019
Ayam Haseyo
Seiring dengan perkembangan semasa yang menggilai makanan Korea, kali ini saya nak kongsikan resepi ayam goreng ala Korea yang saya namakan Ayam Haseyo. Resepi ini saya cari di internet dan seperti biasa, diubahsuai mengikut citarasa sendiri.
Bahan A:
Seekor ayam - dipotong saiz apa? ----> ikut suka.
5 sudu besar tepung gandum
5 sudu besar tepung beras
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 biji telur
Caranya:-
Ayam yang sudah dibersihkan dan dipotong, digaulkan dengan semua bahan-bahan di atas. Perapkan lebih kurang setengah jam.
Kebiasaannya ayam goreng yang dihidangkan di restoran Korea bersaiz kecil. Jadi, kalau nak rasa seperti makan di BBQ Chicken misalnya, potonglah ayam kecil-kecil. Maksudnya, seekor ayam boleh dipotong 14 - 18. Sebenarnya, ikut suka kitalah, kalau nak besar-besar macam ayam KFC pun boleh!
Sukatan tepung di atas, anggaran sahaja. Maklumlah, saya ini bukannya jenis yang suka ikut sangat resepi. Kalau rasa nak lebih atau kurangkan pun tiada masalah. Ikut selera masing-masing.
Setelah cukup masa perapan, gorenglah ayam tersebut hingga masak dan garing.
Bahan B (Sos):
5 ulas bawang putih - kisar/tumbuk
5 sudu besar cili kering yang telah dikisar
(kalau ada pes cili Korea - gochujang mungkin rasanya lebih terangkat!)
(kalau ada pes cili Korea - gochujang mungkin rasanya lebih terangkat!)
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar madu
1 sudu besar cuka
Garam dan gula secukup rasa
Bijan
Caranya:-
Tumiskan bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili dan kacau hingga garing. Masukkan sos tomato, madu dan cuka. Tambah garam dan gula secukup rasa. Semua bahan-bahan ini boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa. Kalau suka sos banyak, boleh tambah lagi sukatan cili kisar tadi. Bergantung juga kepada saiz ayam - sebab kalau ayam saiz besar, perlu lebihkan sedikit sos. Bila sos dah elok masak likat, masukkan sedikit bijan. Ambil ayam yang telah digoreng tadi (Bahan A) dan gaulkan ke dalam sos.
Bagi yang belum pernah rasa ayam goreng ala Korea, ayam goreng ini rasanya rangup, masam, manis dan pedas. Biasanya semakin tinggi tahap kepedasannya, semakin sedap sehingga menjilat jari.
Bila nak hidang, taburkan lagi sedikit bijan untuk menaikkan lagi rasanya. Siap dan boleh makan sehingga menangis! :)
Tuesday, 8 January 2019
Anak saya biasa-biasa aje..
Pernah suatu ketika ada orang membangkitkan isu anak-anak di Malaysia yang "didera" seawal usia empat tahun oleh ibu bapa sendiri. Ada yang mengatakan ini adalah suatu malapetaka kerana di usia semuda itu anak-anak telah diasak untuk mempelajari banyak perkara.
Saya bersetuju dengan pendapat tersebut. Malah, saya lebih konservatif daripada itu.
Baru-baru ini pula riuh berkenaan isu Sekolah Berasrama Penuh. Ada yang melenting, ada yang menyokong. Pada saya, hal ini sedikit pun tidak menjejaskan apa-apa.
Baru-baru ini pula riuh berkenaan isu Sekolah Berasrama Penuh. Ada yang melenting, ada yang menyokong. Pada saya, hal ini sedikit pun tidak menjejaskan apa-apa.
Bagi saya, sudah pun namanya kanak-kanak, mengapalah kita terlampau mendesak mereka untuk "pandai" dan serba-boleh akan segalanya? Sedangkan ramai orang dewasa sendiri pun yang masih "bodoh", inikan pula anak-anak kecil mahu disogokkan supaya menjadi manusia sempurna!
Walaupun ada lah juga belajar sampai ke universiti, namun saya rasa dalam banyak hal saya masih berfikiran kolot. Saya percaya masyarakat di luar sana rata-ratanya tidak bersetuju dengan pemikiran saya. Pada saya, biarlah kolot asalkan punya nilai-nilai kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi.
Kesemua lima orang anak saya, hanya saya hantar ke tadika pada usia enam tahun. Itu pun sekadar tadika biasa-biasa sahaja - yang paling hampir dengan rumah. Tidaklah saya berkeinginan untuk menghantar mereka ke tadika-tadika yang perlu membayar beratus-ratus sebulan semata-mata kerana mahu anak pandai cakap orang putih atau cakap cina atau cakap arab.
Alhamdulillah, kesemuanya boleh membaca, mengira dan menulis sama seperti kanak-kanak lain yang ke sekolah tadika mahal. Mereka ke sekolah dengan rela hati, tidak perlu dipaksa - sehinggakan ke tahap mereka sendiri meminta untuk dihantar ke sekolah. Mereka hanya belajar apa yang diajar oleh guru di tadika, makan minum dan bermain sesuka hati. Saya tidak pernah memaksa mereka untuk belajar bermati-matian untuk mendapat tempat pertama di kelas, jauh sekali menghantar tuisyen di usia itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)


