Thursday, 11 April 2013

Tadika

Sebelum ini saya tak pernah hantar anak-anak ke tadika Kemas. Mungkin sebab masa tu di kawasan rumah saya ada banyak pilihan tadika swasta. Jadi, tak terfikir pula nak hantar ke tadika Kemas yang terletak agak jauh sedikit dari rumah.

Di tambah pula dengan persepsi akibat dengar cakap-cakap orang tentang tadika Kemas ini. Ramai yang kata tadika Kemas tak bagus sebab asyik makan, minum, nyanyi dan main sahaja. Belajar tak berapa sangat pun...

Bila tiba giliran anak saya yang keempat, saya 'terpaksa' hantarnya ke tadika Kemas. Perkataan 'terpaksa' saya gunakan sebab tiada pilihan lain untuk menghantar anak belajar di tadika. Yang ada semuanya jauh-jauh belaka.

Mulanya memang susah nak menghilangkan persepsi buruk terhadap tadika Kemas ini. Malah saya dan suami kadang-kadang rasa bersalah terhadap anak keempat ini kerana terpaksa menyekolahkannya di tadika Kemas. Sampai begitu teruk sekali tanggapan kami.

Wednesday, 3 April 2013

Tips masak 5 lauk dalam masa sejam

Gambar hiasan je...heh..heh...

Saya ni tak lah pandai sangat masak. Setakat masak untuk makan sekeluarga jadilah... Bila dah memilih kerjaya surirumah sepenuh masa, maka tugas memasak jatuh nombor 1.

Saya suka beli barang dapur termasuk barang2 basah seperti ikan, ayam, daging dan sebagainya banyak2. Jadi tak payah nak pergi ke pasar selalu. Ada orang tak suka cara ni sebab katanya tak fresh....tapi bagi saya, barang2 kat pasar/kedai tu pun belum tentu fresh - mahu juga dah berminggu. Jadi, soal fresh ke tak tu, tak boleh digunapakai melainkan kalau kita duduk tepi laut, tiap2 hari boleh tunggu nelayan bawa balik ikan. Tu baru betul fresh!

Setiap kali lepas balik pasar, saya mesti bersihkan semua 'barang2 basah' tu. Ikan, ayam, daging, sotong, udang dan sebagainya mesti saya siap siang, basuh dan bahagi2kan sebelum disimpan dalam freezer. Jadi bila nak masak, tak payah susah2 lagi. (Seperkara lagi, cara ini juga dapat memastikan freezer kita bersih dan teratur. Tak ada lah air2 hitam meleleh2 dalam tu...)

Oklah, dipendekkan cerita, sebenarnya kalau nak masak empat lima lauk dalam masa 1 jam sahaja pun boleh. Tak mustahil langsung. Di bawah ni saya sharekan tips2nya:-

Sunday, 31 March 2013

Simpankira Perniagaan Kecil

Dalam sesebuah perniagaan, amat penting menguruskan kewangan dengan betul. Bagaimanakah cara untuk memastikan keluar masuk duit dikawal dengan betul? Jawapannya ialah perlunya ada rekod!

Rekod tidak semestinya sebuah set kira-kira atau sistem perakaunan yang canggih. Bagi perniagaan kecil, memadai jika setiap duit keluar dan masuk dicatatkan di dalam sebuah buku khas yang biasanya dipanggil lejer. Atau, paling kurang pun catat di buku tiga lima. Dengan ini, seseorang peniaga boleh tahu berapa pendapatan dan perbelanjaannya sehari dan berapa keuntungan atau kerugiannnya pada hari itu.



Untuk membuat rekod duit keluar masuk ini sebenarnya tidak memerlukan kepakaran ilmu perakaunan pun. Ikut logik ~ satu bahagian duit masuk, satu bahagian lagi duit keluar. Beza antara keduanya adalah untung atau rugi. Cukup mudah!

Thursday, 21 March 2013

Dah hantar borang cukai?

Seperti biasa, setiap tahun, bulan Mac dan April adalah masa yang sibuk bagi pembayar-pembayar cukai. Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi individu hendaklah dihantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada atau sebelum 30 April setiap tahun.

Sama ada anda kena bayar cukai atau tak perlu, BNCP perlu dihantar. Bagi yang bekerja makan gaji tanpa menjalankan sebarang perniagaan, Borang BE lah yang perlu dilengkapkan dan dihantar.

Sebenarnya bukan susah nak isi borang BE ini kalau tiap-tiap tahun kita buat. Formatnya sama setiap tahun, jadi kita cuma perlu ubah angka-angkanya sahaja. Bagi yang agak-agak sebaya dengan saya, mungkin template di bawah boleh dijadikan panduan. 

Thursday, 28 February 2013

Template abc ~ asas membaca

Saya ada lima orang anak. Bukan mudah nak handle 5 orang budak ni.. Sama ada nak atau tak nak, ibu bapa zaman sekarang memang kena ambil tahu tentang pelajaran anak. Dari mula tadika lagi dah kena tengok-tengokkan apa yang mereka belajar.


Di bawah ni saya kongsikan template abc ~ asas membaca. Kalau nak harapkan di sekolah aje, memang alamatnya anak tak tahu nak membaca. Jadi, ini adalah asas untuk anak mula membaca. Mungkin ada jual buku yang ajar baca begini tapi saya tak jumpa lagi yang sekomprehensif ini... :)

Tuesday, 26 February 2013

What we should know about cancer...

I've come across this article few times before. But, just read and do nothing... I think it's better if I share it here for my future reference and for those of you who haven't read this before. Who knows, this might be good to us... 



1. Every person has cancer cells in the body. These cancer cells do not show up in the standard tests until they have multiplied to a few billion. When doctors tell cancer patients that there are no more cancer cells in their bodies after treatment, it just means the tests are unable to detect the cancer cells because they have not reached the detectable size.

2. Cancer cells occur between 6 to more than 10 times in a person's lifetime.

3. When the person's immune system is strong the cancer cells will be destroyed and prevented from multiplying and forming tumors.

4. When a person has cancer it indicates the person has nutritional deficiencies. These could be due to genetic, but also to environmental, food and lifestyle factors.

Tuesday, 19 February 2013

Autumn in my heart

My favourite....please share :-)



Friday, 8 February 2013

Time Management


TIME IS GOLD. TIME IS OF THE ESSENCE. 

I was once a very good time manager. Woke up in the morning, preparing breakfast for the family, vrooom to office and sharp 5.30 (or 5 0'clock?..ooopppsss I've already forgotten my working hours!) went back home, preparing dinner and doing all house chores, sleep and the day repeated again and again... But everything seems smooth. I finished all my work according to schedule, no backlogs, no bringing back office work to home. I even managed the housekeeping, my house is clean and tidy, no mess in my wardrobe and my kitchen is all in order. The only thing is - I was very exhausted!     

After 'retire', I think I'm no longer a good time manager. I always feel that there's not enough time for me. May be I need 36 hours a day??? Why? I'm still working on the answer...hi..hi..



Okay...just to share this interesting article I copied from The Star. I guess you guys who're still working, would like to know about this...happy reading!

Wednesday, 6 February 2013

Puding Jagung Gerenti Jadi


Inilah satu-satunya puding yang saya makan.....puding jagung! Puding2 lain, bawaklah sesedap mana pun, minta maaflah ye, tekak ni susah nak terima... Dan puding jagung yang saya makan ini, hanyalah yang saya buat sendiri atau yang menggunakan resepi yang akan saya ceritakan nanti...


Pernah tengok tepung ni?


Haahhh...walaupun namanya nampak pelik, tapi halal ye!

Tuesday, 8 January 2013

Carrot Walnut Cake

Selamat Tahun Baru 2013...!


Hmmm...diam tak diam dah hari ke 8 di tahun 2013. Cepat betul masa berlalu....dan usia pun dah makin meningkat. Apa2 pun, semoga tahun baru memberi harapan baru dan kehidupan yang lebih sejahtera dan bahagia buat semua...InsyaAllah.


Hari ini saya nak kongsi satu resepi kek. Resepi ini saya ambil di internet dan diubahsuai sikit untuk jadikan lebih senang dibuat...Jomlah cuba!

Kek Carrot Walnut

Bahan2:-

4 biji telur            
1 1/2 cawan gula castor
1 cawan minyak mazola
2 cawan tepung                         ]
1 sudu teh soda bikarbonat         ]    ayak semua bersama
1 1/2 sudu teh baking powder     ]
1/2 sudu teh garam                    ]
1 sudu teh vanila
2 1/2 cawan parutan carrot
1 cawan walnut

Cara2nya:-

Tuesday, 11 December 2012

Sarung kusyen bersulam


  (Kusyen 2nd-hand dah lembik...so, nampak menggelebeh sikit..hu..hu..)

 


Saturday, 24 November 2012

Kuih Bakar

Pernah tengok / makan kuih ni? Ini ialah salah satu jenis kuih bakar. Antara bahan2 utamanya ialah telur, santan, tepung dan gula. Rasanya sangat manis....kalau yang tak suka makan manis2, mesti tak suka kuih ni. Tapi, dalam manis2 tu, ada lemak2nya juga...dan paling sedap kalau makan panas2...

Tuesday, 30 October 2012

CTOS vs CCRIS

Kalau terlibat dalam sektor kredit, kita tak akan boleh lari dari mengenali cik CTOS dan cik CCRIS. Siapakah cik berdua ini yang sangat popular bila kita nak buat pinjaman?
Saya akan cuba ceritakan dengan bahasa yang paling mudah - atau dengan kata lain, dengan bahasa pasar. Mungkin apa yang akan saya terangkan adalah kurang tepat dari segi teknikalnya, tapi tujuan saya ialah untuk memberi kefahaman kepada mereka yang tiada atau kurang pengetahuan dalam bidang kewangan dan tidak mahu memeningkan kepala mereka dengan terma2 yang pelik2.

CTOS dan CCRIS adalah dua benda yang berbeza walaupun seringkali digunakan bersama. Boleh diandaikan mereka berdua ini adalah pasangan kembar tidak seiras.

CTOS memaparkan rekod2 yang kurang baik - atau lebih mudah kalau saya katakan mereka yang ada rekod pinjaman tak berbayar. Jadi, bukan semua orang akan ada rekod CTOS. Kalau CTOS mengeluarkan "record not found", maka kita patut rasa lega.

Manakala CCRIS pula memaparkan semua rekod pinjaman yang kita ada di semua institusi kewangan. Ia meliputi kedua2 rekod yang baik dan buruk. Jadi, kebanyakan orang pasti akan ada rekod CCRIS (kecuali mereka yang tak pernah buat pinjaman dengan bank - saya rasa ini agak jarang berlaku pada zaman sekarang).

Tuesday, 23 October 2012

Sarung bantal baby

Hasil keras-tangan terkini.... bantal baby.





Sunday, 14 October 2012

Resepi Kerapu Stim & Yee Mee Sempoi

Hari ni saya nak share dua resepi sempoi...yang sangat2 senang nak buat, terutamanya di saat2 malas nak memasak tapi kena juga masak.

Yang pertama ialah Ikan Kerapu Stim


Bahan2 dan cara2nya:-
1. Ikan kerapu - saiz ikut suka. Tapi kalau yang besar lagi best! Kelar2 sikit badan ikan tu, letak dalam pinggan.
2. Hiris bawang putih, halia, bawang merah, serai, batang celeri, daun limau purut, tomato kerat 4@6, semua taburkan atas ikan tadi.
3. Perah sedikit limau - tak kisah lah limau nipis ke, limau kasturi ke, lemon ke... sikit je untuk hilangkan hanyir. Tapi kalau suka masam, letaklah lebih.
4. Taburkan garam, lada sulah ikut rasa.
5. Letak air - ikut suka. Kalau nak kuah banyak, lebihkan sikit air.
6. Letak dalam kukus, lebih kurang 10-15 minit siap!
7. Taburkan daun sup / daun ketumbar ikut suka.

Senang kan? Ini adalah masakan paling mudah, cepat tapi berkhasiat. Tak guna minyak, baik untuk kesihatan. Mesti cuba!